in

“Klu gaduh takkan nak kerat tujuh?” -7 Besties Beli Rumah Hampir 3 Juta Untuk Duduk Bersama Sampai Tua

Collage 13

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Awalnya, tujuh kawan baik yang dah berkawan hampir 20 tahun ni hanya bergurau nak tinggal sama-sama dalam rumah idaman mereka di China bila dah tua nanti.



Tapi, angan-angan dorang menjadi realiti lepas tujuh wanita ini terjumpa satu rumah tinggal di pedalaman Guangzhou dan membuat keputusan untuk renovate rumah tersebut dan jadikan ia rumah untuk dorang tinggal bersama bila dah tua nanti.

Menurut Daily Mail, tujuh kawan baik ini mengeluarkan belanja sebanyak hampir 4 juta yuan (RM2,404,780) untuk mengubah rumah tinggal tersebut menjadi rumah idaman yang cantik beserta dapur yang besar dan swimming pool.

15636434 7213669 The Women Spotted A Red Brick Property Pictured Around 70 Kilome A 33 1562254647593
Sumber: daily mail
15634214 7213669 Image A 10 1562253544018
Sumber: daily mail

Memang tak dinafikanlah, rumah dorang ni memang cantik gila! Dengan keluasan sebesar 7,535 kaki persegi rumah ni dilengkapi dengan tujuh bilik di tingkat atas rumah tiga tingkat ini.

Bukan tu je, rumah dorang dikelilingi sawah padi lepastu tengah-tengah sawah tu dorang buat tempat lepak untuk berkumpul dan minum teh. Admin loveeee

15633922 7213669 The Friends Who Are All Tea Lovers Decided To Build The Tea Pavi M 38 1562254666737
Sumber: daily mail

Kalau korang nak tahu, tujuh besties ni semua ada kepakaran masing-masing, macam memasak, pandai perubatan tradisional, cucuk tanam dan bermain muzik. So dorang akan gunakan kepakaran dorang ni bila duduk sama-sama nanti.

“Kami semua sangan berdikari tapi pada masa yang sama kami boleh berkomunikasi dan bergantung pada satu sama lain.”

Lagi 10 tahun, anak-anak kami semua dah besar. So, harapnya kitaorang boleh bersama semula lepas 10 tahun.”

Seronoknya, ada rumah macam ni! Dah lah cantik. Untung betul dorang semua… 

 

Baca: “Dulu kawan baik, sekarang Ayu jadi mak tiri saya”

Screenshot 2019 07 05 At 11.35.19 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.