Seperti yang kita semua ketahui, situasi Covid-19 di negara kita terutamanya Selangor dan KL sedang meruncing. Banyak hospital semakin kehabisan katil di wad ICU, Hospital Sg Buloh adalah salah satunya yang sudah semakin ‘tenat’.
Hari ini, Kementerian Kesihatan (KKM) telah mendedahkan statistik keadaan semasa di semua daerah di Malaysia. Menurut KKM, ia berdasarkan pergerakan 14 hari kes Covid-19 setakat 18 Mei 2021.
Melalui statistik dikongsi, boleh dilihat kini hanya beberapa daerah yang masih dalam zon hijau dan ia cuma di Sabah dan Sarawak. Manakala kebanyakan daerah di Semenanjung kini dalam zon merah dan hanya beberapa sahaja berada dalam zon hijau dan jingga.
Tiada lagi zon hijau di Semenanjung! Begitulah keadaan sebenar yang negara kita sedang hadapi sekarang. Apatah lagi, kes harian masih mencatatkan 4 angka dan setakat semalam sebanyak 479,421 kes positif dilaporkan di Malaysia.
Semalam, sebanyak 4,865 kes positif harian dilaporkan dengan kes kematian harian tertinggi setakat ini iaitu dengan 47 kes menjadikan kematian akibat jangkitan Covid-19 di negara ini, 1,994 kes.
Negara sekali lagi merekodkan angka tertinggi kes kematian harian dengan 47 kes termasuk 1 bukan warganegara akibat jangkitan #COVID19. Ini menjadikan kematian akibat jangkitan #COVID19 di Malaysia; 1,994.
KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka. pic.twitter.com/VGK3Yb948T
— KKMalaysia???❤️ (@KKMPutrajaya) May 18, 2021
Melalui sidang media sebelum ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengingatkan dan menasihati rakyat untuk sama-sama berjuang dalam memerangi Covid-19 di negara ini.
Selain itu, rakyat turut dinasihati untuk sentiasa patuhi SOP yang telah ditetapkan dan tidak keluar rumah jika tiada kepentingan.
Baca: “Kalau ini yang terbaik”- Kes Tak Surut-Surut, KKM Cadang PKP Penuh Di Selangor