in

KKM Arahkan 2 Produk Mi Segera Termasuk Indomie, Ditarik Balik Dari Pasaran

Mi Segera Tarik Balik Kkm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kecoh mengenai dua produk mi segera buatan jenama Malaysia dan Indonesia yang didakwa mengandungi bahan yang mendorong penyakit kanser, menurut Jabatan Kesihatan Taipei.


Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan arahan supaya pihak syarikat menarik balik secara sukarela produk mereka iaitu Mi Kari Putih Penang Ah Lai dari Malaysia dan Indomie Perisa Ayam Spesial buatan Indonesia dari pasaran yang bertarikh luput pada 25 Ogos 2023.

Difahamkan, dua jenama mi segera berkenaan dicemari ethylene oxide iaitu sebatian gas kimia karsinogenik dan sering digunakan untuk membunuh makhluk perosak seperti serangga.

Screenshot 2023 04 26 132226

 

“Ianya juga digunakan sebagai bahan aktif dalam bahan pencuci tetapi tidak dibenarkan penggunaannya pada permukaan yang bersentuhan makanan,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, bagi sampel Mi Kari Putih Penang Ah Lai, persampelan di Malaysia mendapati ianya mematuhi perundangan. Namun, KKM mengeluarkan arahan penarikan kepada syarikat produk berkenaan bagi memasitkan kawalan keselamatan makanan berterusan.

Untuk produk Indomie Perisa Ayam Spesial, KKM mengeluarkan arahan untuk tindakan Tahan, Uji dan Lepas bagi produk itu di semua pintu masuk negara.

Dalam pada itu, KKM juga memaklumkan terdapat 11 sampel produk Mi Sedaap mengandungi ethylene oxide, hasil pemantauan dari 2022 sehingga kini dan tindakan penguatkuasaan telah diambil.

Baca: 4 Daripada 10 Mi Segera Paling Sedap di Dunia Adalah Jenama Malaysia!
Page Mi 2

Sumber: NST

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.