Setiap kali usahawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri keluarkan lagu baru, pasti akan ada kontroversi yang diselitkan dalam klip muzik videonya itu hingga menjadi perbualan hangat ramai orang.
Baru-baru ini menerusi Instagram peribadi, Aliff Syukri telah memuat naik teaser lagu barunya berjudul ‘Baby Sayang’ yang dikatakan akan keluar dalam masa 10 hari lagi.
Menerusi kapsyen, Aliff telah meminta orang ramai untuk meneka individu mana yang bakal berduet dengannya untuk lagu terbaharu itu.
Nantikan lagu terbaru saya babysayang lagi 10hari.. cer teka sy berduet dgn siapa?? Tekaan yg tepat sy kasi hadiah.. nantikan lagu terbaru saya menampilkan 5 artis viral no1 malaysia.”
https://www.instagram.com/p/Cg9H83ugsj7/
“Macam tak ada maruah”
Kali ini, apa yang menjadi kemarahan netizen terhadap teaser lagu terbaru Aliff ini adalah melihat kelibat dua individu yang cukup dikenali ramai kerana sering mencetuskan kontroversi iaitu Kak Long 7E dan Ratu Farah Diva.
Dalam video berdurasi singkat ini, dapat dilihat Kak Long dan Ratu Farah Diva yang masing-masing mengenakan baju kurung dan tudung telah menari terkinja-kinja di sebuah kenduri di kampung.
Ramai netizen turut meluahkan rasa malu mereka dengan aksi tarian yang dianggap melampau yang ditunjukkan oleh dua wanita ini.
Hm tak tahu nak cakap apa, biasalah Aliff ni sengaja nak buat ramai tengok videonya. Confirm lagi 10 hari lagu ni trending habis.
Baca: Mahu Perbaiki Akhlak, ‘Kak Long 7E’ Bantu Ibu Berniaga Di Bazar Ramadan