in

“Kita rehearsal, tapi…” – Kak Rozi Buka Mulut, Rupanya Dah Banyak Kali Ingatkan Kru Untuk ‘ON MIC’ Tokti

Tokti Ajl

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu Malaysia kini tidak berpuas hati dengan pihak produksi Anugerah Juara Lagu 34 bersiaran malam tadi di TV3 selepas mikrofon Dato’ Seri Siti Nurhaliza mengalami gangguan teknikal.


Ramai netizen tak boleh move on dengan kesilapan itu apatah lagi ianya terjadi kepada Penyanyi No 1 negara yang membuat come back selepas 12 tahun tidak membuat persembahan di pentas AJL.

 

TV3 tak bertanggungjawab, tuding jari pada team Anta Permana

Bagaikan mencurah minyak ke atas api, kenyataan TV3 tentang isu itu menaikkan lagi kemarahan netizen kerana mereka seolah-olah menuding jari kepada team Anta Permana yang buat kejutan last minute.

Team Anta Permana, Bob dan Hael Husaini juga ketika ditanya wartawan pula telah membidas semula kenyataan TV3 tentang isu kejutan last minute tu.

Semua team dah maklumkan.”

 

Kak Rozi buka mulut, sebenarnya…

Selepas 30 minit membuat persembahan, Tokti terus berangkat pulang namun melalui video di Youtube, Kak Rozi telah membuka mulut dan mengeluarkan kenyataan tentang isu masalah mikrofon itu.

Menurut Kak Rozi, dia tahu ramai netizen terutamanya di media sosial telah meluahkan rasa kecewa mereka tentang masalah teknikal tersebut. Malah dia sendiri pun kecewa apatah lagi sebenarnya ketika sebelum persembahan dia dah ingatkan pada kru banyak kali di belakang pentas supaya pastikan mikrofon Tokti dipasang.

Kita tunggu dia lama untuk muncul di AJL, jadi peluang berapa detik ini terasa rugi dan frust. Sebab saya dekat belakang stage tadi saya duk remind ‘pastikan mic on’, ‘pastikan mic on’.”

 

Kemunculan semula demi untuk support Bob!

Menurut Tokti, tujuan utama kemunculan semulanya di pentas AJL adalah untuk menyokong Bob.

Kehadiran saya dalam AJL ini sebenarnya bukanlah saya plan daripada awal. Semua berlaku sekelip mata.”

Saya ambil keputusan untuk berada di atas pentas bersama dengan Bob untuk support dia sebenarnya.”

 

Tonton video penuh di bawah:

Selepas kecoh dengan masalah teknikal membabitkan Dato’ Seri Siti Nurhaliza ini, pihak TV3 kemudian mengeluarkan video persembahan live Anta Permana dengan vokal penuh dari Tokti.

Baca: “Bertahun aku tunggu performance ni, kau lupa on-kan mic??” – Peminat Tak Puas Hati Dengan Stesen TV, Tokti ‘Bisu’ Masa Persembahan Anta Permana

Tokti

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.