in

“Kita doa tiada peningkatan kes” – Dr Noor Hisham Kesal, Pasrah Dengan Insiden Perhimpunan Mahkamah

Nh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Amat mengharukan apabila Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengekularkan kata-kata yang berbaur terkilan terhadap insiden semalam.


Manakan tidak selepas berhempas pulas memastikan kes Covid-19 ini semakin berkurang, kini dilihat kembali naik kepada 2 angka bahkan dikejutkan lagi dengan kejadian ramai manusia membanjiri di hadapan Mahkamah Kuala Lumpur yang tak ikut SOP.

 

APA yang sudah berlaku semalam tidak boleh buat apa, sebab dah berlaku, tetapi kita doa tiada peningkatan kes.”

Akui tak mampu nak buat apa-apa, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ketika ini akan melihat jika terdapat peningkatan kes dalam tempoh dua minggu. Namun begitu, beliau meminta kita semua untuk berdoa supaya tiada yang buruk berlaku. Lapor Harian Metro.

“Kita kena tengok dalam tempoh dua minggu sama ada ada pertambahan kes atau tidak. Kita doa tiada peningkatan kes, kalau ada kes meningkat baru kita boleh ambil tindakan, kalau kita kesan ada kes positif baru kita akan buat pengesanan kontak.”

Walaubagaimanapun katanya, tiada lagi kes positif setakat ini. Hanya berharap agar tiada jangkitan berlaku.

Selepas tujuh bulan bekerja bagi menangani pandemik itu dan berjaya menurunkan kes ke satu angka, pastinya beliau kecewa dan sedih melihat perhimpunan itu.

“Kita kecewa dan sedih lihat ada perhimpunan itu, saya tidak terbabit dengan politik tetapi (perhimpunan semalam) kepatuhan kepada SOP tiada.”

Ketika tempoh PKP, patuh SOP adalah paling penting setelah pihak kerajaan memberi kelonggaran kepada rakyat Malaysia untuk jalani kehidupan seperti biasa.

“Jika tidak patuh kepada SOP maksudnya jangkitan akan menular dalam komuniti dan tidak terkawal dan seharusnya kita akan kembali kepada PKP (Perintah Kawalan Pergerakan).”

Tambahnya, untuk tahu jika berlaku sebarang jangkitan dari insiden perhimpunan semalam kena tunggu dalam tempoh dua minggu jika ia penyebab peningkatan kes Covid-19 atau tidak terutama di Kuala Lumpur.

 

Baca : “Mana SOP??” – Tiada Social Distancing, Netizen Bimbang Penyokong di Mahkamah Kena ‘Kluster Najib’

Sd 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.