in

‘Kita cuba kurangkan risiko’ – Malaysia Bakal Sekat Kemasukan Dari Negara Yang Catat Lebih 150,000 Kes Covid-19

Gambar Hiasan 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam usaha membendung wabak Covid-19 di negara kita, kerajaan kini mengambil inisiatif untuk tidak membenarkan lagi rakyat dari negara yang mencatatkan kes positif COVID-19 melebihi 150,000 untuk masuk ke Malaysia bermula Isnin ini.

Menurut Bernama, Menteri Kanan  Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata antara negara dalam senarai sekatan itu ialah Amerika Syarikat, Brazil, Perancis, United Kingdom, Sepanyol, Itali, Arab Saudi, Rusia dan Bangladesh, selain tiga negara yang diumumkan Selasa lalu iaitu India, Indonesia dan Filipina.


“Kita akan tambah lagi senarai negara yang dianggap berisiko tinggi,”

743132

Pun begitu, syarat tersebut dikecualikan jika kes melibatkan kecemasan atau urusan berkaitan hubungan dua negara. Bagaimanapun, ia perlu mendapat kebenaran Jabatan Imigresen tambahnya lagi.

Menurutnya, Kementerian Kesihatan akan mengumumkan lebih lanjut mengenai senarai negara yang merekodkan kes positif Covid-19 melebihi 150,000.

Turut disekat ialah pasangan kepada warganegara Malaysia dan anak-anak mereka serta pelajar dari negara-negara yang berisiko tinggi yang ingin kembali ke Malaysia.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata kerajaan tiada halangan untuk membenarkan rakyat Malaysia dari negara berisiko tinggi untuk pulang namun mereka tertakluk kepada SOP yang ditetapkan iaitu kuarantin wajib selama 14 hari.

 

Baca: Berjangkit dari rakan terdekat keluargan – The Rock, Isteri  Dua Anak Disahkan Positif Covid-19 3 Minggu Lepas

1 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.