in

Kisah Kematian Syahid Ahmed Wehdan, Dituduh Membunuh & Hanya Bertemu Anak Dari Jarak Jauh Sehingga Dihukum Mati

Ahmed Wehdan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Banyak kisah sedih dan teraniaya yang kita selalu dengar daripada negara Timur Tengah akibat daripada pergolakan politik dan peperangan berlaku di sana. Namun kisah yang admin akan ceritakan ini sangat meruntun jiwa tentang kasih sayang seorang ayah kepada anaknya yang masih kecil.


Berikut perkongsian Izzeti Huseyin di Facebook tentang kisah kematian syahid Ahmed Wehdan dari Mesir yang dihukum mati atas satu kes pembunuhan berprofil tinggi yang tidak dilakukannya. 

 

“First time ayah dia tengok semasa umur sebulan masa hadir perbicaraan mahkamah, si ibu mengangkat anak bagi ayah nampak dari jauh” 

Bayangkan kalau kita tak pernah langsung bertemu dengan anak dan hanya melihatnya pertama kali semasa di perbicaraan mahkamah. Jumpa pun bukan dapat pegang dan hanya melihat dari jauh pulak tu.

“Baby Laila lahir masa ayah dia dalam penjara. First time ayah dia tengok umur sebulan masa hadir perbicaraan mahkamah, si ibu mengangkat anaknya bagi ayah nampak dari jauh.

“Ketika yang lain pula, si isteri buat isyarat pada suami dia yang anak kecilnya dah tumbuh gigi, pastu ayah dia pula buat isyarat love dengan jari. Sedihnya tengok kisah cinta family muda nih. Melihat senyuman mereka saling berbalasan dari jauh gitu amat meruntun kalbu.”

52605932 2313729191993657 5874428307784597504 N
sumber: twitter

 

“Dituduh membunuh pendakwaraya tertinggi Mesir, mereka terpaksa mengaku bersalah setelah berdepan seksaan polis dalam tahanan” 

Lebih menyedihkan Ahmed Wehdan ini salah seorang daripada 9 pemuda yang dituduh membunuh pendakwaraya Mesir dengan cara perangkap bom pada 2015. Dia tak buat kesalahan tu tapi terpaksa mengaku salah sebab tak tahan kena seksa.

Semasa dia ditahan, isterinya Rana pulak tengah mengandung anak pertama mereka. Wehdan langsung tak ada kesempatan bertemu si anak.

“Ahmed Wehdan salah seorang daripada sembilan pemuda Mesir anggota Ikhwan al-Muslimin yang dituduh membunuh pendakwaraya tertinggi Mesir dengan cara perangkap bom pada tahun 2015. Mereka terpaksa mengaku bersalah setelah berdepan siksaan polis dalam tahanan. Pagi rabu, 20 Febuari 2019, mereka syahid setelah menerima hukuman gantung.

“Rana, isteri al-syahid Ahmed Wehdan. Mereka sempat hidup bersama selama 7 bulan sebelum keadaan memisahkan. Dia sedang mengandung 5 bulan ketika suami diheret ke penjara.

“Terakhir bertemu suami secara berdepan 21 Febuari 2017. Terakhir si ayah melihat puterinya ketika berumur 8 bulan. Pada umur 2 tahun 8 bulan, Laila telah kehilangan kasih sayang ayah sebelum sempat mengenalinya.”

52469058 2313749368658306 6606896583109771264 N
sumber: facebook

 

Mesej terakhir Ahmed Wehdan kepada anak yang sangat menyentuh hati 

Sebelum meninggal dunia, Wehdan ada meninggalkan mesej buat anak kesayangannya. Ini apa yang dia tulis,

“Ketahuilah anak kecilku, wahai kekasih pengarang jantungku, ayahmu tidak pernah melakukan sebarang jenayah atau dosa. Segala yang ku mahu adalah untuk melindungimu dan menyediakan sebuah tanah air selayaknya tempat kau berlindung.

“Maafkanku kerana tidak mampu memelukmu pelukan terakhir, atau mencium dahimu yang suci bersih. Namun aku kan menantimu di sana, di pintu syurga… tempat yang tiada lagi perpisahan malah ucapan selamat tinggal. Wahai kesayanganku, aku sayang pada mu!” 

Wehdan
sumber: facebook

Sebak admin membaca kisah Ahmed Wehdan ni. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan isteri serta anaknya tabah menghadapi dugaan ini. Syurga buatmu itu pasti. 

Baca: “Luluh hati kenang semua anak… tinggalkan kami sekelip mata” – Tragedi 3 Beradik Mati Lemas di Pantai Sura

Sura

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.