in

Kisah Gua Nutty Putty Yang ‘Famous’ Tapi Akhirnya Ditutup Bersama Mayat Seorang Peneroka, Sebab…

Collage 16

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gua Nutty Putty merupakan salah satu kawasan hotspot bagi pengembara dan peneroka bawah tanah. Namun begitu, pada tahun 2009 gua ini telah ditutup dengan mayat seorang peneroka di dalamnya selepas berlaku satu tragedi yang tidak diingini.


Kalau korang nak tahu apa yang berlaku sehingga gua terkenal ini ditutup, jom ikuti kisah tragik yang menimpa John Edward Jones ini.

Pengembaraan John Edward Joan ke Gua Nutty Putty

John Jones Before Nutty Putty Cave Incident

John Edward Jones gemar meneroka gua bersama keluarganya. Ini kerana, ketika dia kecil, bapanya sering membawa dia dan adiknya John meneroka gua di Utah membuatkan mereka sukakan aktiviti bawah tanah ini.

Artikel berkaitan: Pasukan Bola Terperangkap Dalam Gua di Thailand Dapat Jumpa Zlatan Ibrahimovic!

Artikel berkaitan: “Dah mcm Thai Cave Rescue” – Mangsa Kongsi Detik Cemas Terperangkap Dalam Gua Tempurung Akibat Hujan Lebat!

Pada 24 November 2009, beberapa hari sebelum perayaan hari kesyukuran, John yang berusia 26 tahun ketika itu, dan Josh, 23 bersama sembilan orang rakan dan ahli keluarga mereka yang lain telah membuat keputusan untuk meneroka Gua Nutty Putty sebagai salah satu cara untuk merapatkan hubungan dengan satu sama lain.

Pada usia 26 tahun, John sedang berada di kemuncak kehidupannya. Dia telah pun berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan berusia setahun serta sedang belajar di sekolah perubatan di Virginia.

Mereka telah memulakan ekspedisi meneroka Gua Nutty Putty pada jam 8 malam dan selepas sejam, John membuat keputusan untuk mencari pembentukan di dalam gua tersebut yang dipanggil sebagai Birth Canal (saluran kelahiran), iaitu satu laluan sempit yang perlu dilalui oleh peneroka jika berani.

John kemudiannya telah menemui satu laluan yang dia ingat laluan Birth Canal dan mula cuba untuk merangkak masuk bermula dengan kepala dan bergerak menggunakan pinggul untuk masukkan perut dan jarinya. Beberapa minit selepas itu, lelaki ini sedar yang dia dah buat satu kesalahan yang besar.

Ketika ini John tahu yang dia telah tersangkut dan tak ada ruang untuk berpatah balik atau keluar balik dari laluan tersebut. Jadi John cuba sedaya upaya untuk bergerak ke hadapan.

Lelaki ini cuba untuk menarik nafas supaya dia dapat memuatkan dirinya di dalam ruang yang hanya berukuran 10 inci lebar dan 8 inci tinggi.

“Saya betul, betul nak keluar”

Ovejdiedrmyzumeg6Wjk

Josh merupakan orang pertama yang menemui John tersangkut di laluan sempit tersebut dan cuba untuk menarik abangnya itu keluar namun tak berjaya. Tapi kini John telah pun tergelincir ke dalam dan terperangkap lebih teruk dari sebelum ini. Tangannya kini tersekat di bawah dada dan John tak dapat bergerak langsung.

Josh kemudiannya keluar dari gua tersebut untuk mendapatkan bantuan, namun apabila bantuan tiba, John masih terperangkap dalam keadaan terbalik dan untuk mendapatkan orang untuk membantu dan alatan menyelamat ke sana, ia akan mengambil masa sekurang-kurangnya satu jam.

Penyelamat pertama yang tiba merupakan seorang wanita, Susie Motola yang tiba pada jam 12.30 pagi. Ketika ini, John telah pun terperangkap selama tiga setengah jam. Susie telah memperkenalkan dirinya namun wanita ini hanya dapat melihat kasut John.

Hi Susie, terima kasih sebab datang, tapi saya betul, betul nak keluar.”

Lebih 24 jam kemudian, seramai lebih 100 penyelamat telah cuba sedaya upaya untuk mengeluarkan John dari Gua Nutty Putty. Cara terbaik yang mereka ada adalah menggunakan sistem takal dan tali untuk cuba membebaskan John dari laluan yang sangat-sangat sempit ini.

Shaun Roundy, salah seorang penyelamat di tempat kejadian menerangkan bahawa peneroka berpengalaman pun akan turut mengalami kesukaran di dalam gua ini kerana laluannya sangat sempit, malah di pintu masuknya juga satu amaran telah diletakkan.

Berlaku insiden yang lebih kurang sama sebelum ini

John Edward Jones Widelg

Pada tahun 2004, dua orang pengakap hampir hilang nyawa di dalam insiden yang berlainan tapi di kawasan yang sama dengan John. Dua pengakap ini terperangkap selang seminggu dari satu sama lain.

Salah seorang dari mereka, penyelamat mengambil masa 14 jam untuk membebaskan remaja berusia 16 tahun ini menggunakan sistem takal dan tali yang rumit. Apa yang membezakan, remaja ini mempunyai ketinggian 5 kaki 7 inci dan berat 64kg menjadikan dia lebih kecil dari John.

Disebabkan ini, pihak berkuasa telah menutup gua tersebut pada 2004 tak lama selepas insiden tersebut namun membuka semula selama enam bulan pada 2009 ketika John dan keluarganya masuk ke sana.

Sekarang, John terperangkap di dalam gua tersebut, masa semakin suntuk dan kedudukan John dalam keadaan terbalik pula telah menyebabkan tekanan pada badannya kerana jantung perlu bekerja lebih kuat untuk menghantar darah ke otak.

Penyelamat telah mengikat John dengan tali yang disambungkan ke takal. Semuanya sudah bersedia untuk cuba menarik John sekuat yang boleh. Malangnya, takal tersebut secara tiba-tiba rosak tanpa amaran.

Operasi menyelamatkan lelaki ini menggunakan takal dan tali tak boleh digunakan lagi dan penyelamat tak ada cara lain, John masih terperangkap.

Kematian tragik John Edward Jones

Johnjpg 20211122091159

Dengan tiada harapan untuk diselamatkan dan jantungnya telah bekerja keras untuk jangka masa yang lama ekoran kedudukannya yang terbalik, John disahkan meninggal dunia beberapa jam sebelum tengah malam pada 25 November 2009.

Penyelamat telah menghabiskan masa selama 27 jam untuk menyelamatkan John, Keluarganya berterima kasih kepada pihak penyelamat kerana usaha mereka walaupun ia berakhir dengan berita sedih.

Seminggu selepas kematian John, pihak berkuasa telah menutup Gua Nutty Putty untuk selama-lamanya. Mayat John tak pernah di bawa keluar dan kekal di dalam gua tersebut sehingga ke hari ini.

Satu filem juga turut dibuat mengenai kes John ini, korang boleh tengok sendiri macam mana penyeksaan yang dihadapi oleh John untuk terperangkap dalam gua yang sempit ini.

Sumber: ati

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.