in

Kisah Gadis Meninggal Dunia Ketika Baca Al-Quran Selepas Solat Dapat Perhatian Netizen

Aisyah Bahar Meninggal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa yang tak mahu meninggal dalam keadaan yang baik-baik? Ia merupakan impian bagi mereka yang beragama Islam untuk meninggal dunia ketika sedang solat ataupun khusyuk membaca ayat-ayat suci al-Quran. Namun tidak semua daripada kita menjadi insan yang terpilih dan hanya mereka yang bertuah seperti gadis ini saja yang berjaya memilikinya.

Menurut Liputan6, tular beberapa hari lalu kisah seorang gadis cantik bernama Aisyah Bahar berusia 22 tahun dari Makassar, Indonesia dikatakan meninggal dunia pada Khamis minggu lalu. Apa yang menarik perhatian netizen ialah gadis ini dikatakan telah ‘pergi’ ketika sedang mengalunkan ayat suci al-Quran.


Aisyah Bahar 20180105 121117
sumber: tribunnews

Bapa Aisyah, Andi Bahar menceritakan bahawa anaknya pada ketika itu sedang membaca surah Al-Mutaffifin selepas selesai mengerjakan solat Subuh. Malah pada ketika itu juga dikatakan anak perempuannya sedang menjalankan puasa sunat.

“Malam sebelum meninggal, Aisyah bangun menunaikan solat sunat. Dia juga sempat bersahur untuk berpuasa kerana sudah menjadi kebiasaan untuk dia berpuasa setiap Isnin dan Khamis.

“Dia minta saya temaninya membaca al-Quran. Tak pernah dia minta begitu sebelum ini. Dia juga meminta saya memperbetulkan bacaannya.

“Belum sempat menghabiskan surah itu, dia menghampiri dan memeluk saya, dan meminta saya membimbingnya mengucap dua kalimah syahadah.

“Dia meninggal dunia selepas itu,” kata Andi Bahar, bapa Aisyah.

Aisyah
sumber: liputan6

Sebelum ini, Aisyah dikatakan tidak pernah menunjukkan tanda-tanda dia tidak sihat. Walaupun dia pernah mengadu sakit kepala beberapa kali, selepas diperiksa doktor, anak Andi disahkan sihat daripada sebarang penyakit.

Malah menurut ibu Aisyah, Andi Ratna, dua abang Aisyah juga sebelum ini sudah meninggal dunia pada usia awal 20-an ketika sedang beriktikaf di masjid pada tahun 2009 dan 2011. Walau  bagaimanapun, mereka sekeluarga redha dengan apa yang menimpa.

“Saya sedih sekaligus bahagia melihat anak-anak saya meninggal dalam keadaan menyebut nama Allah. Insya Allah mereka semua khusnul khatimah,” kata Andi Bahar.

007502700 1515481259 Img 1515476556640
sumber: liputan6

Aisyah yang merupakan lulusan pertanian di Universiti Hasanuddin, Indonesia sepatutnya dijadualkan memulakan tugas baru sebagai penyelidik di universiti tersebut pada hari yang sama beliau meninggal dunia.

Jenazah gadis cantik dan pintar ini telah dikebumikan pada petang Khamis itu di tanah perkuburan Lembaga Dakwah Islam Indonesia yang terletak dekat dengan dengan rumahnya.

098765000 1515481258 Img 1515476496881 1
sumber: liputan6

Al-fatihah dan takziah buat keluarganya. Semoga roh arwah dicucuri rahmat.. Seronoknya kalau dapat ‘pergi’ dengan cara yang indah seperti arwah. 

Baca: “Saya cuma simpan sekeping gambar mama… untuk tatap setiap hari lepaskan rindu.” 

Mama

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.