in

Kim Pan-gon Kini Jurulatih Pasukan Korea Selatan, Ulsan HD

Incollage Save 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bekas ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon telah dilantik oleh kelab jaguh Korea Selatan, Ulsan HD sebagai jurulatih baharu.

Difahamkan, perkara tersebut disahkan oleh kelab Ulsan HD sendiri yang telah membuat pengumuman mengenai perkara berkenaan di laman sosial mereka.


Secara tidak langsung, pengumuman tersebut mengakhiri teka-teki mengenai pergerakan bekas jurulatih Harimau Malaya setelah meninggalkan skuad kebangsaan tidak beberapa lama dahulu.

Artikel berkaitan: Berjaya Naikkan Ranking Harimau Malaya, Hannah Yeoh Sedih Kim Pan Gon Letak Jawatan

Artikel berkaitan: [TERKINI] Kim Pan Gon Sah Letak Jawatan Ketua Jurulatih Harimau Malaya

Img 8031
Kim pan-gon


“Buat pertama kali saya dilantik selaku pengendali di Liga Korea Selatan. Saya rasa seperti baharu kembali daripada perjalanan yang jauh,” kata Pan-gon.

Sebelum ini, Kim Pan-gon dikatakan turut menerima tawaran dari sebuah kelab Hong Kong namun tidak menerimanya kerana tidak mahu ke sana buat kali ketiga.

Pan-gon bakal menggantikan tugas bekas pengendali, Hong Myung-bo yang kini bergelar Ketua Jurulatih Korea Selatan.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.