in

Khuzaimi Piee Pula Jadi ‘Mangsa’, Rumah Dipecah Masuk, Motosikal ‘Lesap’

Syaz Ft 79

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Masih belum reda dengan tragedi yang menimpa pemain-pemain bola sepak tempatan, hari ini kita dikejutkan lagi dengan berita rumah pemain pertahanan Selangor FC, Khuzaimi Piee dipecah masuk.


Dalam laman Instagram miliknya, Khuzaimi berkongsi beberapa gambar menerusi IG Story keadaan rumahnya yang dilihat berada dalam keadaan bersepah serta tidak teratur.

Artikel berkaitan: ⁠Target Pukul Kaki, Akhyar Rashid Diserang Penyamun Di Terengganu

Artikel berkaitan: “Amat amat positif” – Faisal Halim Sudah Boleh Makan, Semangat Semakin Kuat

1 Horz

Difahamkan, insiden itu berlaku di rumahnya yang terletak di Shah Alam ketika dia keluar untuk berlatih di pusat latihan Selangor FC.

Khuzaimi yang juga pemain skuad kebangsaan itu berkongsi laporan polis yang dibuatnya susulan insiden tersebut.

Cats 22

“Kira-kira 9 malam semasa saya sampai di rumah, saya dapati pintu pagar depan dan belakang, terbuka.

Saya buat pemeriksaan di dalam rumah dapati ada barang-barang yang hilang seperti sebuah motosikal jenis Yamaha Y15, empat beg silang pelbagai jenama dan pasport.

Hasil pemeriksaan awal anggaran dan lain-lain kerugian saya tidak pasti, tujuan saya membuat laporan adalah untuk tindakan lanjut daripada pihak polis serta pihak yang berkenaan,” tulis laporan tersebut.

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim memberitahu pihaknya akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara itu, hari ini.

Sumber: Instagram, Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.