Sesuatu yang sangat mencuit hati berlaku di Twitter petang semalam dan ucapan terima kasih harus diberikan kepada Menteri Belia dan Sukan kesayangan kita semua, Khairy Jamaluddin.
Menteri yang dikagumi ramai terutamanya golongan rakyat milenial, beliau sememangnya tidak pernah gagal untuk kekal kelihatan macho dan aktif di media sosial juga.

Bagaimanapun, salah satu tweet terbaru yang ditulisnya telah menarik perhatian anak muda dan rata-rata tertanya sama ada beliau serius atau sebaliknya.
Melalui tweet itu, YB bertanya kepada followers mengapa sesetengah orang memanggilnya ‘daddy’ di media sosial dan adakah ianya membawa maksud tertentu dalam kalangan golongan milenial.

“Kenapa orang yang bukan darah daging saya memanggil saya “Daddy” di media sosial? Apa maksud ini dalam percakapan milenial? Pakcik ke?”
Tidak perlu diperkatakan lagi, ramai rakyat Malaysia masuk campur dan memberitahunya apa maksud sebenar ‘daddy’ yang ditanyakan itu.
Ada yang cuba menerangkan kepadanya apa maksud sebenar ‘daddy’ dan cuba memberikan penjelasan yang tepat.


Bagaimanapun, pemikiran netizen lain nyata melencong dan menjadikan situasi lebih lucu (dan janggal)!





Ada juga yang yakin bahawa beliau bukanlah serius dan sebenarnya sudah tahu maksud sebenar ‘daddy’ itu.


Kalau nak diikutkan, memang sukar untuk dipastikan sama ada YB bergurau atau serius tetapi siapa yang baca thread perbincangan tu confirm terhibur! Haha!
Baca: Tweet Tun Mahathir Sindir MB Pahang Cuit Hati Netizen