in

Tweet Tun Mahathir Sindir MB Pahang Cuit Hati Netizen

Dr M

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kami yakin kebanyakan dari anda pastinya masih ingat akan insiden beberapa minggu lepas di mana Menteri Besar Pahang, Dato’ Seri Adnan Yaakob telah mendapat cemuhan netizen oleh kerana tindakannya menaiki basikal di atas jalanraya untuk pulang ke rumahnya dari Wisma Sri Pahang.


C9Ssrs V0Aaj0Jn
sumber: twitter

Beliau mendapat cemuhan netizen selepas gambarnya menaiki basikal diiringi dua anggota polis trafik dan juga sebuah ambulans tersebar. Lebih teruk lagi, situasi tersebut telah menyebabkan kesesakan lalu lintas sepanjang enam kilometer perjalanan.

Yusman
sumber: kedah news
Adnan
sumber: twitter

Tidak cukup dengan itu, netizen juga sempat membuat ‘meme’ akan perlakuan MB Pahang tersebut.

Pahang Mb Rides Bicycle On Road Causes Massive Traffic Jam World Of Buzz
sumber: facebook

Terbaru, mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad juga mengambil kesempatan untuk ‘berkongsi’ dengan netizen mengenai hobi kegemarannya iaitu, berbasikal.

Menurut Tun Mahathir,

Saya selalu berbasikal. Bukan sahaja pada masa ‘tertentu’.

Walaupun saya masih ‘muda’, bila saya berbasikal tak ada kesesakan lalu lintas.”

Capture 20170503 115521
sumber: twitter

Amboi, amboi Tun M! Kami faham apa yang Tun cuba sampaikan tuuuu… Oopss!

Seperti yang dijangka, tweet tersebut telah mendapat sambutan hangat di Twitter dan netizen terhibur dengan sindiran yang diberikan mantan Perdana Menteri tersebut kepada Dato’ Adnan.

Capture 20170503 114457 1
sumber: twitter

Tun M daripada dulu lagi memang pandai berjenaka, kan? Patutlah netizen sayang!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.