in

Ketua UMNO Ampang, Ismail Kijo Meninggal Dunia Akibat COVID 19

Ismail Kijo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya dan juga Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo hari ini telah meninggal dunia akibat jangkitan COVID 19.


Menurut Astro AWANI, Ismail berusia 69 tahun dan telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Sungai Buloh tengah hari tadi.

Perkara ini juga telah disahkan Ketua UMNO Bahagian Langat, Datuk Johan Aziz dan Pengerusi UMNO Selangor, Noh Omar menerusi ucapan takziahnya dalam hantaran di Facebook sebentar tadi.

Innalillahi wainnaillaihi rojiun. Dukacita dimaklumkan sahabat saya dalam Perhubungan UMNO Negeri Selangor Dato' Ismail…

Posted by Noh Omar on Tuesday, February 2, 2021

 

Sebagai rekod, Ismail telah menjadi wakil rakyat Lembah Jaya dari 1994 hingga 2003.

Urusan pengebumiannya pula difahamkan akan dilakukan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) susulan arwah disahkan positif COVID 19.

71612333702 Datukismailkijo

Ismail sebelum ini adalah antara kontak rapat kepada Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, yang disahkan positif pada 14 Jan lalu.

Isteri arwah, Rozana Ismail yang juga positif COVID 19 walau bagaimanapun sudah sembuh dan kini sedang menjalani tempoh kuarantin di rumah.

Takziah dan Al Fatihah buat keluarga. 

Baca: “Kluster menteri is real” – Selepas 3 Kes Libat Menteri, Timbalan Menteri Komunikasi & Multimedia Pula Disahkan Positif COVID 19

Menteri

Sumber: Astro AWANI

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.