in

“Kesiannya” – 4 Wanita Kongsi Kisah Jadi Mangsa Serangan Asid

Collagefeat 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Serangan asid merupakan salah satu bentuk serangan ganas yang melibatkan tindakan membaling asid atau apa-apa bahan hakisan dengan tujuan untuk mencacat, menyeksa, melumpuh atau membunuh seseorang.

Biasanya, pelaku serangan ini akan membaling bahan hakisan ke arah mangsa dan biasanya dituju ke bahagian muka sekaligus membakar mangsa, merosakkan tisu kulit serta melarutkan tulang. Ia juga boleh menyebabkan mangsa serangan asid buta kekal secara separuh atau menyeluruh.


Pada tahun 2022, United Kingdom telah memegang rekod tertinggi serangan asid di dunia dengan kenaikan sebanyak 69% pada 2022, diikuti oleh India, Pakistan, Colombia, Bangladesh, Uganda, Cambodia dan China.

Di Malaysia juga turut terdapat beberapa kes serangan asid seperti pada Disember tahun lalu, seorang remaja, Nadia Fasha Qistina yang berusia 19 tahun telah cedera parah disimbah asid ketika pulang dari kerja di Denai Alam pada 8 November lalu.

Manakala baru-baru ini, pemain bola sepak dari pasukan Selangor FC, Faisal Halim telah menjadi mangsa simbahan asid di sebuah pasar raya di Kota Damansara sehingga dia mengalami kecederaan melecur tahap empat pada badannya.

Apa kata kita ikuti perkongsian wanita-wanita di India yang telah menjadi mangsa serangan asid menceritakan kisah mereka kepada Meer Foundation.

Artikel berkaitan: Ameneh Behrami: Mahkamah Iran Benarkan Mangsa Serangan Asid Untuk ‘Balas Dendam’ Pada Pelaku

Artikel berkaitan: Pelaku Guna Asid Sulfurik Pekat Punca Faisal Halim Melecur Tahap 4

1. Anupama

Story3New

Ketika Anupama baru berusia 13 tahun, seorang lelaki yang berusia 12 tahun lebih tua darinya sering mengikut Anupama dan kakaknya kemana-mana dan membaling barang ke arah mereka untuk mendapatkan perhatian. Penat diganggu, Anupama telah mengadu kepada keluarganya sehingga abangnya telah pergi ke rumah lelaki tersebut dan memintanya untuk berhenti.

Malangnya, tindakan tersebut telah membuatkan lelaki ini bertindak dengan lebih teruk. Lelaki yang naik angin kerana ditegur ini telah masuk ke dalam bilik Anupama dan kakaknya dan membaling asid ke arah mereka.

Akibat dari ini, Anupama telah mengalami kesan melecur yang teruk di muka, dada dan tangan sehingga cacat manakala kakaknya pula melecur di bahagian perut.

2. Mamta

Story2New

Kejadian ngeri yang menimpa diri wanita ini bermula ketika dia berusia 21 tahun apabila dia dipaksa untuk berkahwin dengan seorang lelaki yang kemudiannya didedahkan menjadi seorang pendera fizikal dan mental. Apabila Mamta mengandungkan anak pertama, dia telah membuat keputusan untuk menggugurkan kandungannya kerana bimbang anaknya bakal menerima nasib yang sama.

Namun begitu, suaminya telah menentang keputusan tersebut dan meminta agar anak tersebut dilahirkan. Sejurus selepas anaknya lahir, suami Mamta telah menggunakannya untuk memanipulasikan dia dan keluarganya dengan meminta wang serta tak benarkan wanita ini untuk masuk ke rumah.

Ketika Mamta tinggal bersama keluarganya di rumah mereka, dia telah diserang oleh suaminya dengan asid sehingga mencacatkan separuh mukanya.

3. Gulnaaz

Story1

Selepas menjadi mangsa serangan asid, ibu kepada tiga orang anak ini kini sukar untuk menjalankan kerja-kerja harian di rumah dan terpaksa bergantung harap kepada keluarganya. Semuanya bermula, ketika dia berusia 43 tahun, Gulnaaz telah membuat keputusan untuk menjadi seorang usahawan dengan membuka kedai kecantikan di rumahnya sendiri.

Namun begitu, ketua kampungnya melihat tindakan wanita ini sebagai salah satu tanda pemberontakan dan mengugut untuk mencederakannya sekiranya dia tidak menutup perniagaannya itu.

Gulnaaz tak gentar dengan ugutan tersebut dan meneruskan perniagannya seperti biasa. Dua minggu selepas itu, ketua kampung tersebut telah pergi ke rumah wanita ini dan menyerangnya menggunakan asid dan menyebabkan wanita ini cacat, kecewa dan dalam kesakitan yang dahsyat.

Suaminya tetap setia disampingnya dan telah menyertai pasukan polis untuk mendapatkan pendapatan yang lebih bagi menampung kos perubatannya.

4. Kanta

Story4New

Selepas kehilangan ibunya di usia yang muda, Kanta telah dipaksa untuk berkahwin ketika dia baru sahaja berusia 10 tahun. Di usia 17 tahun, Kanta telah melahirkan anaknya yang pertama iaitu seorang bayi perempuan.

Pun begitu, suami Kanta yang terdesak mahukan anak lelaki ini telah mula marah dengan kelahiran tersebut dan mula menyeksanya. Apabila Kanta mengandung kali kedua, suaminya ini mengatakan bahawa segala penyeksaan akan terhenti sekiranya dia melahirkan anak lelaki. Tapi, selepas mendapat tahu anak yang dikandung itu merupakan seorang perempuan, suaminya ini telah mengamuk dan menyerangnya secara fizikal.

Kemudian pada tahun 2015, suaminya ini telah menyimbah Kanta dengan asid sehingga membuatkan wanita ini marah kerana tak menyangka lelaki yang disayanginya itu sanggup berbuat demikian ke atasnya.

Kanta cuba untuk mendapatkan keadilan, tapi tak ada seorang pun pegawai polis yang mahu membantunya. Sehingga hari ini, wanita ini masih tak bebas dari penyeksaan tersebut. Suaminya, ibu mertua, abang suaminya dan adiknya sendiri telah menyeksa hidupnya. Mereka semua kini hidup bebas tanpa menerima apa-apa tindakan atas apa yang berlaku terhadap Kanta.

Bukan sahaja wanita ini telah dinafikan haknya untuk mendapatkan makanan dan keperluan asas, dia juga telah diugut akan dibakar hidup-hidup sekiranya dia cuba dapatkan bantuan. Namun begitu, Kanta masih cuba untuk membawa mereka semua ke muka pengadilan tapi pihak berkuasa tak percaya dengan ceritanya dan suaminya pula tak pernah datang ke mahkamah seperti yang diminta.

Allahu, kesiannya…

Sumber: ASTi, Meer Foundation

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.