in

Kesian… Perompak Pulangkan Semula Wang RM1,500 Lepas Tengok Baki Dalam Bank Wanita Ini Kosong

Feat 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa yang pernah dirompak, memang tak boleh bayangkan betapa takutnya pengalaman tersebut kerana kita tak tahu apa yang akan terjadi kepada kita walaupun kita ikut cakap perompak tu.


Tapi lain pula jadi pada wanita ini, dia telah dirompak semasa dia mengeluarkan duit dari ATM tapi perompak ini pulangkan semula duitnya lepas dia sedar baki akaun wanita ini kosong.

Robber Returns Money To Victim After Realizing She Has Rm0 In Her Bank Account World Of Buzz 2
Sumber: youtube

Menurut NextShark, ketika mangsa, Li, tengah keluarkan duit berseorangan di sebuah mesin ATM di Heyuan, China dia telah didatangi oleh seorang lelaki bersenjatakan pisau dari belakang dan memintanya untuk memberikan duit yang dikeluarkan.

Robber Returns Money To Victim After Realizing She Has Rm0 In Her Bank Account World Of Buzz 4
Sumber: youtube

Kerana takut keselamatannya terancam, Li telah menyerahkan semua wang yang dikeluarkannya berjumlah 2,500 Yuan (RM1,500) itu kepada perompak tersebut. Gila tak takut, ada pisau kot.

Robber Returns Money To Victim After Realizing She Has Rm0 In Her Bank Account World Of Buzz 3
Sumber: youtube

Tapi, nak dijadikan cerita, perompak ini tak puas hati dengan jumlah yang diberikan oleh Li. Lalu, dia menyuruh Li untuk menunjukkan jumlah wang yang masih tinggal di dalam akaunnya.

Robber Returns Money To Victim After Realizing She Has Rm0 In Her Bank Account World Of Buzz 5 768X454
Sumber: youtube

Apabila perompak ini melihat baki akaun Li kosong, perompak ini mula simpati dan menyerahkan semula wang yang dirompaknya dan meninggalkan Li tanpa mencederakannyaEh… baik betul, kamera pun sempat rakam dia senyum lepas bagi balik duit hahaha

Malang bagi perompak ini, walaupun dia telah pulangkan semula wang yang dirompaknya, dia tetap ditangkap dan ditahan oleh pihak berkuasa. Tapi, apabila video CCTV rompakan ini tular, perompak ini telah mendapat pujian dari netizen.

Nak buat macam mana, dah memang merompak tu salahkan. Tapi takpelah, at least kita tahu dalam diri dia masih ada kebaikan.

 

Baca: “Balik solat Jumaat terus pegi merompak ke bang?” – Video Tular Aksi Rompakan Di Sebuah Kedai Bikin Netizen Kecoh

Screenshot 2019 03 12 At 3.55.35 Pm

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.