in

“Kesian anak aku minum air ada glove” – Pelanggan Kecewa Staf Restoran Makanan Segera Cuai Waktu ‘Drive Thru’

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semua orang mesti suka makan makanan segera lagi-lagi kalau boleh drive thru sebab boleh jimat masa tak perlu nak beratur lagi. Senang cerita, drive thru ni boleh memudahkan pelanggan dan staf untuk ambil order.


Tapi,melalui satu perkongsian seorang individu di Facbeook Penangkini, dia telah memuat naik gambar sehelai sarung tangan plastik yang dijumpai di bekas minuman yang dia order di salah sebuah restoran makanan segara di Penang.

Menurutnya, dia telah membeli beberapa set makanan untuk ahli keluarganya dan salah satu daripada bekas minuman itu ada sarung tangan. Eee, macam mana nak minumnya tu

Individu tersebut turut memuat naik gambar sarung tangan yang terdapat di dalam bekas minuman dariapsa salah satu set makanan yang dia dah order.

Selain itu juga, dia turut menunjukkan resit pembelian sebagai bukti pembelian serta history call ke restoran cawangan tersebut.

“Telefon buat aduan hampir 50x tak dapat”

Difahamkan, individu tersebut telah membuat panggilan sebanyak 50 kali namun tak dapat sebarang respon daripada pihak restoran. Kalau dah jadi macam ni kena lah tanggungjawab kan ?

Melalui posting tu, beberapa netizen turut rasa simpati dengan kejadian yang berlaku dan menyuruhnya untuk buat aduan terus kepada hq restoran tersebut.

Selain itu, netizen-netizen lain pun share pengalaman diorang dengan restoran cawangan tu dan meluahkan rasa tak puas hati dengan servis yang diorang bagi.

So, lepas ni mana-mana kedai atau pun restoran kena jaga tahap customer service kepada pelanggan dan lebih teliti. Bab-bab makanan jangan main-main ye.

Baca : Jijiknya, kalau macam ni tak selera nak makan” – Cara Packaging Keropok Ini  Buat Orang Ramai Kembang Tekak

 

 

 

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.