in

Kes Rogol Bergilir: Nak Langsaikan Hutang Rakan, Abang Ipar Benarkan Mangsa Diperkosa

Hutang Rogol Bergilir

Semalam, polis melaporkan seorang suspek yang diburu sejak minggu lalu bagi membantu siasatan kes rogol bergilir-gilir telah diberkas di Wangsa Maju pada Sabtu.

Suspek merupakan abang ipar kepada mangsa kini direman selama enam hari untuk siasatan di bawah Seksyen 375(B) Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, siasatan polis mendapati abang ipar mangsa berusia 29 tahun itu berhutang dengan salah seorang suspek yang masih bebas.

Artikel berkaitan: Wanita Dirogol Bergilir-gilir 5 Lelaki, Polis Buru Muhammad Nuraffiq Untuk Bantu Siasatan

1693463570233776 0

Ingin melangsaikan hutang rakan, suspek membenarkan rakan merogol adik iparnya bergilir-gilir di kediaman mereka.

Menurut pihak polis, sebelum kejadian, suspek menghubungi mangsa yang berusia 26 tahun supaya tidak mengunci pintu rumah yang menyebabkan dia dirogol bergilir-gilir ketika sedang tidur.

Polis kini sedang giat mengesan empat lagi suspek yang masih bebas.

Sebelum ini, media melaporkan wanita sedang tidur ‘diserang’ lima lelaki sebelum diperkosa secara bergilir-gilir dalam kejadian pada 3.30 pagi, 30 Ogos lalu.

Mangsa yang sedang tidur tersedar apabila tangan diikat oleh suspek sebelum dirogol bergilir-gilir. Selepas memperkosa mangsa, kesemua suspek melarikan diri.

Sumber: Buletin TV3