in

Kes Cabul Wanita Di LRT: Mahkamah Tolak Pengakuan Bersalah, Tertuduh Diarah Ke Hospital Bahagia

Lrt Lelaki Cabul

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tular satu video beberapa bulan lalu memaparkan seorang lelaki bertindak di luar kawalan apabila mencabul seorang wanita di stesen LRT Maluri.

Mujur, mangsa berjaya diselamatkan oleh orang awam yang berada di lokasi kejadian dan suspek sudah pun ditahan.


Artikel berkaitan: Apa Sudah Jadi? Orang Awam Hanya Ketawa Lihat Gadis Dicabul Lelaki Dalam LRT Ke Masjid Jamek

Artikel berkaitan: Tahu Tak Bertepuk Tampar Tu Boleh Dianggap Cabul? Baca Penjelasan Polis Ini

Menerusi perkembangan terkini, Mahkamah Majistret KL menolak pengakuan bersalah tertuduh, Shahron Nizam Alias, 48, yang juga seorang penganggur disebabkan terdapat isu berhubung ketidakwarasan yang dibangkitkan pihak pendakwaan berikutan tertuduh sedang menjalani rawatan mental ketika ini.

Maluri Lrt Station 305

“Pengakuan (bersalah) tertuduh tidak boleh diterima dan tidak bersyarat,” kata majistret.

Susulan itu, mahkamah mengarahkan lelaki itu dirujuk ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak untuk pemeriksaan psikiatri.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam berkata, ketika kejadian dia tidak sedar perbuatan dilakukan.

“Saya tidak sedar, kalau sedar saya tidak buat perkara ini, saya ada penyakit,” katanya.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau dengan sebat jika disabitkan kesalahan.

Lelaki itu diarahkan ke Hospital Bahagia Ulu Kinta di bawah Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah dan 29 Januari depan untuk laporan psikiatri.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.