in

Kes Adik Bella: Termos Air Panas Terjatuh Seolah-olah Tidak Berlaku, Kenyataan Saksi Macam Ikut Skrip?

Ft Saksi Kes Adik Bella Didakwa Bagi Kenyataan Ikut Skrip

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perkembangan kes penderaan remaja Sindrom Down Adik Bela, hari ini, Mahkamah Sesyen, dimaklumkan bahawa kejadian termos berisi air panas yang terkena kepada mangsa di sebuah kondomonium di Wangsa Maju pada tahun lalu dikatakan seperti tidak berlaku.


Memetik laporan Kosmo! Pegawai Penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur Inspektor Suhaili Mahad memberi kenyataan bahawa 4 penghuni Rumah Bonda termasuk pengasasnya Siti Bainun Ahd Razali seolah-olah ikut skrip berhubung dengan kejadian semasa siasatan dijalankan.

 

Bagi kenyataan macam ikut skrip

Screenshot 2022 10 18 154406

Kata Suhaili Mahad yang juga merupakan saksi pendakwaan ke-19 itu, dalam skrip tersebut, dinyatakan bahawa ada seorang penghuni yang bernama Balqis berkejar-kejaran dengan Bella sebab berebut jajan sebelum Bella tertarik termos lalu tersimbah pada badannya.

“Secara kesimpulannnya daripada siasatan yang dibuat kenyataan mereka adalah ‘skrip’ yang mana termos itu dalam keadaan baik.”

“Tiada kemek atau apa-apa yang menunjukkan ia telah jatuh. Saya percaya bahawa tidak ada perkara seperti termos yang jatuh pada Bella, kerana tidak ada kesan sedemikian yang menunjukkan keadaan termos itu.”

1626698

Kenyataan itu diberikan ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Zilfinaz Abbas. Saksi juga ada memberitahu bahawa pihak polis telah mengambil 35 keping gambar tempat kejadian serta dua barang kes iaitu pemanas air dan seutas tali berwarna putih.

Dalam pada itu, saksi juga mengatakan bahawa pasukan D11 bersama jurufoto telah pergi ke tempat kejadian.

Katanya lagi, beliau telah menghubungi seorang penghuni yang dikenali sebagai Yasmin untuk ke kondominium bersama jurufoto bagi merakam tempat kejadian dan barang kes.

Screenshot 2022 10 18 154511

Dalam prosiding itu, saksi turut dirujuk gambar-gambar yang diambil oleh jurufoto dan beliau mengesahkan gambar tersebut.

Perbicaraan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi bersambung lagi petang ini. Untuk rekod, Siti Bainun Ahd Razali, 30, menghadapi dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Siti Bainun dituduh melakukan perbuatan tersebut sekitar Februari dan Jun 2021 mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dimana dia akan berdepan dengan hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika didapati bersalah.

Baca : Siti Bainun Menangis, Sebak Tengok Kelibat Adik Bella Di Mahkamah

Ft Siti Bainun Menangis Tengok Bella

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.