in

Kes Adik Bella: Mahkamah Arahkan Siti Bainun Bela Diri Disember Depan

Ft Siti Bainun Diarah Bela Diri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali telah diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk membela diri berhubung dengan dua pertuduhan terhadap remaja Sindrom Down, Adik Bella.



Keputusan tersebut dibacakan Hakim Izralizam Sanusi selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie terhadap semua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya adik Bella di akhir kes pendakwaan itu.

Menurut laporan Harian Metro, mahkamah telah menetapkan perbicaraan untuk Siti Bainun membela diri pada  5,6,7,8 dan 9 Disember depan.

Pada 28 Oktober lalu, pihak pendakwaan menutup kesnya selepas memanggil 22 saksi pada perbicaraan kes itu yang bermula 30 Mac lalu.

Selain Bella, terdapat saksi lain iaitu bekas penghuni Rumah Bonda iaitu Yasmin Nahar Mahmood, pakar psikiatri Dr Wan Asyikin Wan Azlan, pembantu pengurus syarikat swasta Zurianty Sudin dan pakar bedah plastik Dr Salmi Mohamed Shukur.

Pendakwaan itu dikendalikan oleh Timbalan-timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad, Zilfinaz Abbas, Zahida Zakaria, Fazeedah Faik dan Shakira Aliana Alias.

Screenshot 2022 11 24 130303

Sementara itu,  peguam-peguam lain seperti Nur’Aminahtul Mardiah Md Nor, Mohammad Farhan Maaruf, Nurul Hafidzah Hassan, Asiah Abd Jalil dan Nur Ellena Mohamed Razif mewakili Siti Bainun.

Hadir sama, Datuk Khairul Anwar Rahmat, Datuk Ikbal Salam, Mohd Radzi Yatiman yang dilantik oleh Pemangku Raja Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim selaku peguam pemerhati.

Siti Binun didakwa melakukan perbuatan mengabaikan dan menganiaya Bella di sebuah kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021.

Dia didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Baca : Kes Adik Bella: Bebas Atau Bela Diri, Mahkamah Tentukan Nasib Siti Bainun Esok

Nasib Siti Bainun Esok

Sumber: BFM/Bernama

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.