in

Kes Adik Bella: Bebas Atau Bela Diri, Mahkamah Tentukan Nasib Siti Bainun Esok

Nasib Siti Bainun Esok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perkembangan terkini kes penderaan remaja Sindrom Down bernama Bella, mahkamah akan menentukan nasib sama ada pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali yang didakwa mengabai dan menganiaya adik Bella akan bebas daripada pertuduhan ataupun diminta untuk membela dirinya.


Keputusan sama ada Siti Bainun, 30, dibebaskan atau diperintah untuk membela diri bagi kedua-dua pertuduhan di akhir kes pendakwaan itu, akan diputuskan oleh Hakim Mahkamah Sesyen, Izralizam Sanusi pada 9 pagi esok bersamaan Khamis, 24 November.

Pada 28 Oktober lalu, pihak pendakwaan menutup kesnya selepas memanggil 22 saksi pada perbicaraan kes itu yang bermula 30 mac lalu, lapor Kosmo.

Siti Bainun Re

Berikutan itu, hakim kemudian memerintahkan kesemua pihak untuk memfailkan hujahan bertulis sebelum atau pada 18 November sebelum mahkamah membuat keputusan diakhir kes pendakwaan esok.

Selain Bella, saksi lain termasuk bekas penghuni Rumah Bonda iaitu Yasmin Nahar Mahmood; pakar psikiatri, Dr Wan Asyikin Wan Azlan; pembantu pengurus syarikat swasta, Zurianty Sudin dan pakar bedah plastik, Dr Salmi Mohamed Shukur.

Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad, Zilfinaz Abbas, Zahida Zakaria, Fazeedah Faik dan Shakira Aliana Alias manakala peguam Nur’Aminahtul Mardiah Md Nor, Mohammad Farhan Maaruf, Nurul Hafidzah Hassan dan Nur Ellena Mohamed Razif mewakili Siti Bainun, menurut Astro Awani.

Screenshot 2022 11 23 162710

Siti Bainun, mengaku tidak bersalah mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom down berusia 13 tahun itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021 mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang boleh membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Semoga semua urusan berjalan lancar, apapun kita tunggu lah keputusan mahkamah esok..

Baca : Kes Adik Bella: Termos Air Panas Terjatuh Seolah-olah Tidak Berlaku, Kenyataan Saksi Macam Ikut Skrip?

Ft Saksi Kes Adik Bella Didakwa Bagi Kenyataan Ikut Skrip 758X399 1

Sumber: Utusan
Sumber: Portal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.