in

Kes 1MDB: 2 Individu Lari Ke Luar Negara

Kuni

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak beberapa minggu yang lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) banyak membuat pendedahan dan memanggil beberapa orang penting untuk disoal siasat bagi membantu menyelesaikan kes skandal 1MDB.


Jika beberapa minggu sebelum ini Datuk Seri Najib Razak dipanggil memberikan keterangan, semalam Datin Seri Rosmah Mansor pula diminta hadir ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya. Terbaru, Sinar Harian melaporkan bahawa SPRM telah mengesan dua individu yang boleh membantu siasatan, namun mereka dipercayai telah melarikan diri ke luar negara.

Okay

Individu yang pertama dikenali sebagai Mohamed Redzuan Adamshah dan berusia 43 tahun. Nombor kad pengenalannya adalah 750204-07-5323 dan alamat terakhir yang digunakan adalah No 1E, Cresent Court Apartment, Tingkat 1, Lengkok Tun Sambanthan, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur.

Seorang lagi lelaki dikenali sebagai Toh Lean Seng dan berumur 45 tahun. Nombor kad pengenalan Toh adalah 730904-07-5131 dan alamat terakhir yang digunakan terletak di 15-1, 231 TR Service Apartment 231, Jalan Tun Razak, 50490, Kuala Lumpur.

Sesiapa yang mengenali dua lelaki ini dan mempunyai maklumat mengenai mereka diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Kanan Pesuruhjaya (PKPj) Rosli Husain di talian 03-8870 0529 atau 010-3187757 atau e-mel kepada roslihusain@sprm.gov.my.

Kalau korang pernah nampak atau kenal dorang ni, cepat-cepat laporkan tau!

Baca: “Buat laporan agar Najib, isteri tak dapat lari”

Ro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.