Radio Era FM baru-baru ini ada mengumumkan bahawa kerjasamanya dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq tidak dapat diteruskan atas faktor-faktor tertentu.
Jelas Era FM dalam satu kenyataan hari ini, ada perkembangan baharu yang tidak dapat dielakkan yang jadi penyebab rancangan kolaborasi itu tidak dapat diteruskan, malah mereka juga komited untuk melaksanakan apa sahaja yang dipersetujui berdasarkan persetujuan bersama.
Artikel berkaitan : Selepas 500 Hari Berunding, Syed Saddiq Dapat Peruntukkan RM200K Untuk Muar
Artikel berkaitan : Jabatan Peguam Negara Fail Notis Rayuan Terhadap Keputusan Pelepasan & Pembebasan Syed Saddiq
View this post on Instagram
Dalam pada itu, bekas Menteri Belia & Sukan ini turut memberikan kenyataan berhubung insiden ini menerusi satu hantaran video di X, Syed Saddiq dilihat tidak melatah dengan keputusan tersebut.
“Saya dah maklumkan kepada mereka 100% gaji saya akan disumbangkan sebagai biasiswa kepada 20 mahasiswa dari Muar yang datang dari keluarga yang susah.”
Minggu lepas saya janji nak kongsi berita gembira.
Berita yang sejujurnya, saya sendiri tak sabar-sabar nak umumkan….(watch the full video)
Trust Allah’s plan. every setback builds a stronger man. pic.twitter.com/5wAd558aga
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) August 1, 2025
Katanya segala persiapan telah pun dilakukan, cuma perlu hadir untuk bekerjasama sahaja, namun ianya terbatal.
Namun begitu, Syed Saddiq menjelaskan bahawa pihak Era FM dan juga Astro tetap berbesar hati untuk melunaskan bayaran kontrak yang telah ditandatangani dan beliau menyatakan akan salurkan semua jumlah wang tunai tersebut seperti mana yang telah dijanjikan.
“Sedih? Tak? Sebab saya percaya satu pintu rezeki tertutup, 10 lagi akan dibuka.”
Syed Saddiq mendedahkan bahawa pada hari beliau dimaklumkan kerjasama dengan radio itu terpaksa ditunda, hari yang sama juga beliau tawaran berbeza yang berjumlah RM1,060,000. Oleh itu beliau berpesan bahawa percaya pada rancangan Allah.
Sumber : X