in

“Kerja susah dapat, dapat pun underpaid” – Tinjauan Dapati Hampir 50% Golongan Muda Bawah 35 Tahun Tiada Simpanan

Belia06

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang aktif dalam sosial media, korang akan perasan luahan anak muda mengenai gaji yang tak setimpal dengan kelulusan yang mereka ada.



“Kerja susah dapat, dapat pun underpaid.”

Begitulah luahan rata-rata mereta.

 

Hampir 50% golongan muda bawah 35 tahun tiada simpanan

Baru-baru ini, tinjauan Literasi Kewangan RinggitPlus mendapati hampir separuh dari 10,628 responden di bawah umur 35 tahun tak merancang simpanan bersara. – rnggt

Belia4

Berikut adalah hasil daripada tinjauan bagi responden bawah 35 tahun :

  • 53% hanya mampu bertahan kurang daripada 3 bulan dengan wang simpanan
  • 26% hanya mampu bertahan kurang daripada sebulan dengan wang simpanan
  • 29% responden mengatakan baru ketahui kepentingan dana kecemasan
  • Hampir 50% tidak memiliki sebarang perancangan berhubung persaraan
  • lebih 60% responden tidak mengetahui apa yang dimaksudkan dengan skor kredit dan kepentingan semakan

 

45% dalam kelompok tersebut masih tidak memiliki perancangan yang baik berhubung persaraan mereka.

68% rakyat Malaysia pula percaya simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dimiliki tidak mampu bertahan lebih 10 tahun.

70% lagi beranggapan simpanan tersebut masih tidak memadai untuk fasa persaraan.

Tinjauan ini mendapati ramai belia masih lemah dalam pengurusan kewangan. Namun, betulkah pengurusan wang merupakan tunjang kepada permasalahan ini?

 

Perancangan wang persaraan ada. Wang je takde.” – warganet

Bukan semua masalahnya datang dari kurang mahir menguruskan wang, ada yang dibayar gaji rendah (kalau tinggal dalam bandar lagilah memerlukan kos sara diri yang tinggi, lagi teruk yang gaji tak naik-naik!) , ada yang susah dapat kerja (persaingan ramai) , dan tanggungan ramai juga boleh menjadi punca individu itu tak boleh menyimpan.

Belia1.1

Belia1.2

Belia1.3

Belia1.4

 

Golongan belia sekarang terpaksa melakukan kerja melebihi kudrat semata-mata untuk bertahan. Min pun tak pasti bila ‘gelung’ ni akan berakhir.

Betul kata pepatah hendak seribu daya tak hendak seribu dalih tapi janganlah kata belia malas, sesungguhnya mereka berusaha!

 

Baca : Siaran Langsung Belanjawan Jam 4 Petang Ini – Menteri Kewangan

Featured2 1

Sumber: kosmo
Sumber: twitter
Sumber: twitter
Sumber: twitter
Sumber: twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.