in

Kering Idea Nak Sambut Tahun Baru Kat Mana? Jom Pergi Lampu 2019 Di Putrajaya!

Untitled Collage 46

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa — ini je empat hari terakhir dalam tahun 2019. Lepas tu esoknya kita akan meraikan kedatangan tahun baru 2020 pula, tak sangka kejap je tahun ni berlalu kan?

Macam biasa, hari terakhir setiap tahun di mana-mana negara seluruh dunia pasti akan mengadakan sambutan besar-besaran bagi , simbolik menutup lembaran sejarah lama dan membuka halaman baru dengan penuh harapan positif.


Sambutan ini kebiasaannya diserikan dengan pelbagai jenis persembahan menarik, dan yang paling ditunggu-tunggu adalah pertunjukan bunga api.

So, korang tahun ni nak celebrate kat mana? Kalau kering idea dan inginkan kelainan, bolehlah singgah ke Lampu 2019 di Putrajaya.

Lampu

Maxresdefault

Lampu 2019 adalah festival Light and Motion yang sudah pun bermula hari ini dan akan berlangsung sehinggalah 31 Disember nanti.

Kat sini, korang boleh tengok cahaya berwarna-warni dan ada pembaharuan yang dibuat dalam acara tahun ini.

Sebenarnya, dah tujuh kali acara ini dianjurkan dan bagi tahun ini — penganjur membawa tema ‘Kepelbagaian Malaysia’ yang akan membawa orang ramai menelusuri sejarah kejayaan negara sehingga memasuki era 2020.

Astro Awani melaporkan, jika tahun lepas pihak Perbadanan Putrajaya menyediakan pencahayaan berbentuk geometri — kali ini mereka membawakan pencahayaan bertema keunikan budaya di negara ini.

Antara tumpuan utama yang bakal disaji kepada para pengunjung, adalah Grand Projection Mapping yang dipancarkan ke Bangunan Istana Kehakiman.

Lampu 2

Lampu 3

Selain itu, ada pelbagai lagi tarikan menarik seperti permainan interaksi berasaskan lampu bagi semua peringkat umur.

Jangan risau, sebab korang takkan dibiarkan kelaparan kat sini kerana lebih 1,000 menu juadah turut disediakan dengan lebih 100 gerai dibuka.

Jadi, apa lagi? Pakatlah dengan mak abah bawa satu kampung datang ke sini nanti!

 

Baca: Sebenarnya Ada Banyak Tempat Menarik Sekitar Pasar Seni Yang Korang Boleh Explore! Jom Baca!

Capture 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.