in

Kereta Terbakar Secara Tiba-tiba, Wanita Kesal Sikap Lepas Tangan Perodua

Z

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perodua adalah salah satu jenama yang menjadi pilihan ramai rakyat di Malaysia. Namun kes yang berlaku baru-baru ini bukanlah sesuatu yang patut dipandang remeh oleh kita semua.


Seorang netizen bernama Caryn memuat naik beberapa gambar Perodua Axia milik ibunya yang membuatkan orang ramai terkejut kerana tidak sangka dengan apa yang terjadi.

Menurut Caryn, kereta Axia berwarna kuning milik ibunya itu secara tiba-tiba terbakar pada hari Rabu lalu. Perkara itu sangat mengejutkan kerana kereta berkenaan terbakar secara tiba-tiba dengan sendirinya tanpa terlibat dalam apa-apa kemalangan.

A 7
sumber: caryn chiaying

Caryn berkata:

“Kereta Perodua Axia ibu saya meletup pagi ini tanpa disebabkan oleh kemalangan. Ibu saya bernasib baik kerana sempat keluar dari keretanya sebelum letupan berlaku.”

“Apa yang paling teruk sekali adalah Perodua tidak menyediakan servis yang baik selepas pembelian dan bersikap ‘lepas tangan’. Tolong berhenti mengabaikan tanggungjawab kerana ibu saya tunggu orang datang untuk tunda kereta di tempat kejadian sejak pagi hingga jam 9 malam.”

A1 1
sumber: caryn chiaying
A6
sumber: caryn chiaying

“Mula-mula kami hubungi MSIG tetapi mereka minta kami terus hubungi pihak Perodua. Habis tu, apa guna kami beli insurans kereta?”

“Kemudian kami hubungi Perodua Cawangan Melaka untuk meminta mereka tunda kereta tersebut tetapi mereka pula menyuruh kami hubungi Perodua Cawangan Kuala Lumpur. Mereka beritahu bahawa tunda kereta itu bukanlah tanggungjawab mereka dan meminta kami untuk hubungi syarikat insurans. Masing-masing nak lepas tangan!”

“Tiba-tiba, sebuah trak tunda muncul dan mahu tunda kereta itu ke bengkel Perodua tetapi dengan bayaran RM500 tanpa resit. Mengapa pula kami perlu bayar? Bukankah ianya tanggungjawab Perodua selagi kereta itu masih mempunyai waranti?”

“Menurut mereka, tayar kereta Axia itu teruk terbakar, jadi mereka memerlukan forklift untuk mengangkat kereta itu daripada trak tunda apabila tiba di bengkel. Kerana tiada siapa yang bekerja pada jam 9 malam, jadi kami perlu membayar RM150 tambahan. Akhirnya, kami terpaksa juga bayar jumlah itu kepada mereka.”

“Kami meminta kad mereka dan rupa-rupanya lelaki itu adalah dari Perodua. Jika dia dari Perodua, mengapa kami dikenakan bayaran untuk servis tunda kereta?”

Melalui gambar yang dikongsinya, jelas sekali Perodua Axia itu hangus terbakar kerana apa yang tinggal hanyalah bahagian logam dari kereta. Selain daripada itu, semuanya hangus terbakar dan menjadi seperti abu.

A2 1
sumber: caryn chiaying
A3 1
sumber: caryn chiaying
A4 1
sumber: caryn chiaying
A5 1
sumber: caryn chiaying

Apa yang berlaku bukanlah sesuatu yang perlu dipandang remeh dan tidak penting. Anda perlu ambil pengajaran daripada cerita yang dikongsikan Caryn ini. Nasib baik ibunya sempat keluar dari kereta. Harap-harap Perodua dapat ambil tindakan berkenaan insiden ini secepat mungkin!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.