Orang selalu cakap “duit boleh cari, tapi nyawa tak boleh diganti”. Namun bagi bapa ini lain pula ceritanya…
Bila anak perempuannya yang baru berusia setahun terperangkap dalam kereta tengah panas Isnin lalu, bapa berusia 27 tahun ini menolak pertolongan dari pihak polis dan abangnya untuk pecahkan tingkap sebab dia tak mampu nak rosakkan kereta barunya, lapor Las Vegas Sun.
Aircond bukak, budak tu OK.”
Kemudian bila pasangannya telefon syarikat insurans yang tawar untuk hantar tow truck, lelaki bernama Sidney Deal ni suruh pasangannya letak telefon sebab dia tak berkenan dengan harga yang dia perlu bayar.
Malangnya, anaknya, Sayah, yang terperangkap dalam kereta ketika cuaca tengah panas terik selama sejam ini dah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir bila pihak polis tetap pecahkan tingkap kereta dan tarik Sayah keluar.
Sidney kemudiannya ditangkap atas tuduhan penderaan atau pengabaian anak hingga menyebabkan bahaya ke atas tubuh badan.
Ceritanya, pada Isnin lalu, Sidney telah menelefon pihak polis dan memberitahu mereka yang dia secara tak sengaja tertinggal kunci dalam kereta dan anaknya ada di dalam.
Pegawai polis tersebut kemudiannya mencadangkan untuk memanggil tukang kunci, tow truck atau pecahkan tingkap tapi lelaki ni tak bersetuju dan minta untuk pinjam telefon pegawai polis ni untuk hubungi abangnya.
Lepas beberapa minit, pihak polis telah pecahkan tingkap tersebut dan keluarkan Sayah yang dah tak sedarkan diri. Menurut pegawai itu, dia tak sedar berapa lama masa yang dorang ambil sebelum Sidney akhirnya setuju untuk pecahkan tingkap keretanya itu.
Sebelum itu, bila abang Sidney tiba di tempat kejadian, dia cepat-cepat ambil baju, balut tangannya dan dah bersedia nak pecahkan tingkap sebelum dihalang oleh Sidney dengan alasan dia tak ada duit nak repair tingkap tersebut.
Dalam kenyataan yang dibuat oleh Sidney, lelaki ini berkata dia tinggalkan anaknya dalam kereta lepas teman wanitanya itu halau dia dan anaknya untuk keluar dari apartment. Sebab itu dia hidupkan kereta, buka aircond dan tinggalkan anaknya sebentar sebelum sambung gaduh dengan teman wanitanya.
Menurut pihak polis, dorang tak pasti berapa lama masa yang diambil untuk yakinkan lelaki ni untuk pecahkan tingkap tapi dorang percaya kanak-kanak malang tu dah terperangkap dalam kereta lebih dari satu jam.
Sidney turut berkata, anaknya sempat berjalan-jalan di atas kerusi belakang kereta sebelum baring di atas lantai. Lelaki ni ingatkan anaknya tertidur.
Last-last tingkap kereta dia pecah, anak dia pun tak selamat. Kesiannya budak tu…