Pengadil bagi aksi perlawanan separuh akhir Piala Dunia antara Perancis dan Sepanyol pada awal pagi tadi menjadi bualan bukan semata-mata isu di atas padang, tetapi wajahnya turut mengundang reaksi netizen Malaysia.
Wajah pengadil Ivan Barton menjadi tular di laman Threads apabila ramai menyifatkan rupanya seakan-akan orang Melayu, sekali gus mengundang pelbagai komen lucu di media sosial.
Ruangan komen dibanjiri pelbagai reaksi netizen yang mengaitkan wajah pengadil dari El Salvador itu dengan rakyat tempatan.

Walaupun sekadar gurauan, rata-rata netizen mengakui wajah Barton mempunyai iras masyarakat Asia Tenggara.

Artikel berkaitan: Jurulatih Dakwa Mesir Dizalimi Selepas Tewas Kepada Argentina, Apa Maksud Tanda ‘X’ Hossam Hassan?
Artikel berkaitan: “Tahu tahu kad merah” – Tular Reaksi Pemain Afrika Selatan Cuba Faham Penjelasan Pengadil
Siapa Ivan Barton?
Pengadil berusia 35 tahun itu bukan nama asing dalam pentas antarabangsa apabila sering mengendalikan kejohanan utama Konfederasi Bolasepak Amerika Utara, Tengah dan Caribbean (CONCACAF).
Pengadil kelahiran Santa Ana itu bernaung di bawah Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sejak 2018 dan penampilan sulungnya di Piala Dunia ketika edisi 2022 di Qatar.

Pada kejohanan kali ini, Barton turut mencipta sejarah apabila menjadi pengadil pertama melayangkan kad merah kepada pemain kerana menutup mulut ketika berdepan lawan.
Beliau mengarahkan pemain Paraguay, Miguel Almiron meninggalkan padang ketika aksi menentang Turkiye, selain mengendalikan perlawanan pusingan 16 antara Colombia dan Switzerland.
Pada aksi separuh akhir pula, permainan terganggu seketika selepas Barton terlupa membawa peralatan penting iaitu semburan putih khas yang digunakan untuk menandakan kedudukan benteng pertahanan.
Sumber: Threads, Sinar Harian
