in

Kerani Sekolah Sanggup Redah Banjir & Hujan Untuk Hantar Bahan PdPR Kepada Murid Tiada Internet

3Kerani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tatkala negara masih dalam pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sekolah terpaksa diteruskan secara atas talian. Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) adalah cara untuk murid-murid sekolah mendapatkan pelajaran ketika ini.


Walau bagaimanapun, bukan semua murid dapat capaian internet untuk menjalani PdPR, apatah lagi yang berada di kawasan pedalaman. Menyedari akan hal itu, seorang kerani sekolah sanggup meredah hujan dan banjir untuk menghantar bahan PdPR ke rumah pelajar.

Screenshot 2021 01 31 At 3.22.42 Pm

Shafiq Shazwan Juhen, kerani di SMK Pekan II Kota Belud, Sabah melakukan sedemikian kerana menyedari kepentingan pembelajaran untuk generasi muda. Usaha yang dilakukan beliau amat penting kerana talian internet di tempat tinggal pelajar di Kampung Pituru sangat lemah dan menyukarkan mereka untuk menuntut ilmu.

Menurut laporan Bernama, Shafiq Shazwan telah secara sukarela berbuat demikian kerana beliau merupakan anak jati kampung tersebut dan juga bekas pelajar sekolah berkenaan. Perjalanan sejauh 20 kilometer dari sekolah ke kampung terpaksa ditempuh beliau walaupun dalam keadaan banjir.

Talian internet di kampung itu memang sangat perlahan apatah lagi ketika cuaca hujan, memang sukar untuk mengikut PdPR secara dalam talian.. ada juga pelajar akan menghadapi SPM, jadi saya tak mahu pelajar tercicir”

Screenshot 2021 01 31 At 3.21.49 Pm

Pengetua SMK Pekan II Kota Belud, Jainol Sair berkata pihak sekolah menghantar bahan-bahan PdPR ke kampung-kampung dengan bantuan PIBG atau pengawal sekolah kepada keluarga. Pihak sekolah menggunakan pendekatan budaya peduli ini bagi sama-sama menyampaikan maklumat dan mendidik murid-murid ketika pandemik ini.

 

Baca: “Dapat hari yang sama” – Ibu Tunggal Cuba Nasib Komen Di Facebook Ebit Lew Mohon Tablet, Lepas 45 Minit Terus Dapat Respon!

Screenshot 2021 01 31 At 3.23.11 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.