in

“Kerana terjebak filem CSI, saya gemar buat andaian” – Zikri Amstrong Mohon Maaf Tuduh Nora Anne Dirogol Orang Asli

Orang Asli Zikri Amstrong

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semasa sesi sidang media bersama Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop petang tadi (15 Ogos 2019), beliau telah menegaskan bahawa tweet yang mengatakan Nora Anne Quoirin telah dirogol oleh orang asli merupakan satu dakwaan fitnah.


68463611 133824647848402 1721431761344266240 N
sumber: twitter

Dalam pada itu juga, pihak polis katanya sudah mengenal pasti siapakah pemilik akaun dan sedang menjejakinya.

Tak lama kemudian, lelaki yang dikenali Zikri Amstrong ini katanya telah memadam semua akaun media sosial miliknya dan muncul dengan kenyataan permohonan maaf yang dimuat naik di Twitter

 

“Saya telah menerima banyak ancaman dari tweet tersebut dan saya akur untuk ‘delete’ post tersebut” 

Menurut kenyataan permohonan maaf yang didakwa telah ditulis Zikri, dia memohon maaf kepada orang awam, orang asli seluruh Malaysia dan pihak PDRM serta SKMM atas tweet yang berbaur fitnah tersebut. 

Ini apa yang ditulisnya:

Lesson

Eb B8Gluwaam6Mt
sumber: twitter

Zikri menerusi permohonan maaf tersebut juga berkata, disebabkan dia terlalu terjebak dengan drama / filem bersiri CSI, ia telah mendorongnya untuk membuat andaian yang tidak matang tersebut tanpa mengetahui akibat daripada perbuatan tersebut. Haish macam-macamlah! 

 

“Terlambat sudah. Tangkap dan dakwa!” 

Rasanya dah tak ada gunanya lagi permohonan maaf ni sebab rata-rata netizen berpendapat ‘the damage is done’. Apa yang paling penting kini, mereka yang menyebarkan fitnah haruslah berdepan dengan undang-undang dan hukuman daripada pihak polis.

Cian
sumber: twitter

Dalam pada itu, kenyataan permohonan maaf ini masih tidak dipastikan kesahihannya dan pihak polis masih lagi menjalankan siasatan mengenai kes ini.

Tu lah, lain kali hati-hati bila berkata-kata. Terlajak perahu boleh undur, terlajak kata… buruk padahnya! 

Baca: [TERKINI] “Nora Anne Tidak Dirogol Orang Asli, Kami Sedang Buru Pengguna Twitter Zikri Armstrong” – Ketua Polis Negeri Sembilan

New

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.