in

Kerana Takut Kantoi Tengah Sodomi Budak Kecil, Lelaki Tekup Mulut & Hidung Budak Lelaki Umur 10 Tahun Hingga Mati

Feat 9

Kalau dah dalam bulan puasa pun tergamak nak buat benda terkutuk macam ni, memang layaklah dipanggil syaitan.

Menurut REQNews, seorang mayat budak lelaki berumur 10 tahun, Alif Maulana telah ditemui di atas jambatan pengairan di Kabupaten Bone, Indonesia pada 18 Mei lepas.

Sebelum kejadian, kanak-kanak malang ini meminta izin dari ibu bapa untuk buka puasa di Masjid berdekatan rumahnya. Selepas berbuka dan solat maghrib, Alif bermain bersama rakan-rakannya di luar masjid.

Nak dijadikan cerita, masa dia tengah bermain seorang lelaki yang dikenali sebagai Basman telah memanggil budak ini dengan mengumpan untuk memberikan sesuatu kepada budak tersebut.

Dia kemudian membawa Alif ke jambatan dan melakukan sodomi ke atas budak itu. Namun ketika disodomi, budak malang ini menjerit.

Basman yang dalam keadaan berahi telah menutup hidung dan mulut mangsa hingga membuatkan budak ini tak dapat bernafas dan mati.

Whatsapp Image 2019 05 20 At 1.19.14 Am
Sumber: cakrawala. Info

Ibu bapa Alif yang risau anaknya tak pulang-pulang ke rumah telah mengajak orang kampung untuk mencari anak mereka.

Malangnya, mereka hanya menemui mayat Alif terbujur kaku di atas jambatan pada pukul 12.30 tengah malam.

Mayat Alif dihantar ke hospital untuk bedah siasat dan Basman berjaya ditangkap dua hari kemudian di rumahnya.

60772883 2273552719350246 5098451275016568832 O
Sumber: pedomansulsel

Kalau korang nak tahu, semasa pihak polis menyerbu rumah Basman, dia sempat melarikan diri hingga pihak polis terpaksa menembaknya di kaki selepas tiga tembakan peringatan tak diendahkan.

Astaghfirullahaladzim, harap-harap si Basman ni dapat seberat-berat hukuman sebab buat benda terkutuk macamni.

 

Baca: Kes Sodomi Tahfiz: Semua Guru Lari, Tinggal 43 Pelajar

Screenshot 2019 05 21 At 12.26.23 Pm