in

“Kes kategori 4 & 5 meningkat” – Penggunaan Katil ICU Bagi Pesakit Covid-19 Kini Cecah 104 Peratus

Ft Katilicu

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa kadar penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital seluruh negara bagi pesakit Covid-19 meningkat kepada 104 peratus sehingga 6 Jun.

Menurut Bernama, jumlah itu meningkat daripada 96 peratus pada 24 Mei lepas di mana kadar ini sangat membimbangkan dan tidak semua pesakit yang memerlukan rawatan kritikal kini ditempatkan di ICU.

Bagaimanapun kadar penggunaan katil bagi pesakit Covid-19 bukan ICU di hospital menunjukkan sedikit penurunan dalam tempoh dua minggu iaitu daripada 99 peratus kepada 89 peratus.”

Begitu juga dengan kadar penggunaan katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) adalah sebanyak 54 peratus.”

Icu1

Beliau turut berkata, hospital seluruh negara kini turut berdepan peningkatan kes Covid-19 bergejala serisu kategori 4 dan 5 di mana pesakit memerlukan bantuan oksigen dan alat pernafasan. Kebanyakan daripada mereka adalah golongan rentan seperti warga emas dan pesakit yang menghidap lain-lain penyakit.

Menurutnya, pesakit dalam kategori itu memerlukan tempoh yang lama untuk sembuh disebabkan komplikasi yang serius daripada jangkitan Covid-19. Berdasarkan statistik daripada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), berikut adalah purata tempoh rawatan bagi dua kategori terbabit:

  • Kategori 4: Antara 14 hingga 16 hari
  • Kategori 5: Antara 19 hingga 26 hari

Situasi ini tidak boleh diambil ringan terutamanya sekiranya ada pihak menyebarkan interpretasi yang tidak benar mengenai situasi semasa ini.”

Baca: “Pastikan dorang tak jumpa kawan atau jiran” – Dr Hisham Minta ‘Parents’ Beri Perhatian Lebih Pada Anak-anak

Collage 9