in

Kerajaan Umum Graduan Ijazah ‘First Class’ Tak Perlu Bayar Balik PTPTN, Ini Syarat Yang Korang Perlu Tahu!

Ptptn

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) merupakan salah satu institusi kerajaan yang ditubuhkan untuk memberi peluang kepada pelajar tanpa mengira bangsa untuk melanjutkan pelajaran ke Institusi Pendidkan Tinggi (IPT) dengan memberi inisiatif pinjaman pendidkan.


Baru-baru ini, satu khabar yang gembira telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkenaan dengan keistimewaan yang bakal diberikan kepada pelajar yang terpilih.

Graduan kelas pertama tak perlu bayar balik PTPTN

Menurut Astro Awani, beliau telah mengumumkan bahawa graduan kelas pertama yang sedang meminjam PTPTN semasa tempoh kuliah akan dikecualikan untuk bayar balik pinjaman PTPTN  bermula daripada pelajar yang menamatkan pengajian pada tahun 2019.

Inisiatif ini telah diumumkan semasa beliau berucap di Majlis Sambutan Jubli Perak 25 Tahun PTPTN pada hari Rabu.

Pengecualian pembayaran balik pinjaman ini juga tidak mengira status ekonomi, bangsa dan agama. Semua pelajar layak menerima pengecualian ini asalkan berstatus warganegara Malaysia.

“Saya berharap PTPTN dapat berbincang dengan Kementerian Kewangan berkenaan perkara ini dari segi peruntukan yang terlibat.”

Beliau juga berharap agar anak-anak keluarga Malaysia dapat belajar bersungguh-sungguh untuk mengejar peluang untuk mendapatkan inisiatif ini. Jom kejar peluang yang ada!

CGPA untuk Ijazah Kelas Pertama universiti berbeza-beza!

Untuk pengetahuan korang, CGPA bagi peringkat Ijazah Kelas Pertama untuk setiap universiti adalah berbeza-beza dan korang kena selalu update status CGPA terkini dengan pihak pengurusan universiti masing-masing.

Jadi, min harini nak kongsi sedikit beberapa universiti yang menawarkan status kelas pertama dengan nilai gred kumulatif (CGPA).

CGPA 3.5 dan ke atas;

  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA)
  • Universiti Teknologi Mara (UITM)

CGPA 3.67 dan ke atas;

  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Universiti Utara Malaysia (UUM)
  • Universiti Sains Islam Antarabangsa Malaysia (USIM)
  • Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA)
  • Universiti Sains Malaysia (USM)
  • Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP)
  • Universiti Malaysia Pahang (UMP)

CGPA 3.75 dan ke atas;

  • Universiti Putra Malaysia (UPM)

Min harap semua pelajar boleh grab inisiatif ini tak perlulah nak berhutang selepas graduasi nanti. Goodluck min ucapkan kepada semua pelajar!

Baca: Peminjam PTPTN Terjejas Covid-19 & Banjir Ditawarkan Moratorium 3 Bulan – PM

Screenshot 2022 07 28 At 1.46.27 Pm

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.