in

“Kerajaan Trump cipta untuk musnahkan China”- 4 Teori Konspirasi Dahsyat Perihal ‘Kemunculan’ COVID-19

FEAT 18

Sekarang ini dunia dalam ‘ketakutan’ berikutan kemunculan wabak maut Coronavirus atau lebih dikenali sebagai Covid-19.

Statistik yang dikemaskini sehingga 15 Mac 2020 menyaksikan sebanyak 162,711 kes jangkitan direkodkan dengan 6,443 yang terkorban ekoran virus tersebut.

China masih mendahului dengan 81,048 kes/3,204 maut diikuti Itali 21,157 kes/1,441 maut dan Iran sebagai negara ketiga tertinggi dengan 12,729 kes dengan 611 maut.

1 15

Ramai sehingga kini masih tertanya-tanya dimana datangnya wabak ini? Ada memang benar datangnya dari sebuah pasar basah di Wuhan atau sebenarnya ada ‘dalang’ yang menyebabkan situasi gawat ini terjadi.

Ini 4 teori konspirasi yang dahsyat berkenaan kemunculan virus maut Covid-19 :

1. ‘Rancangan’ Bill Gates?

Mesti korang pelik kan macam mana Bill Gates boleh terlibat sama dalam kisah penyebaran Covid-19 ni? Well ini kisahnya.

Kisahnya bermula pada Oktober 2019, pada bulan tersebut Yayasan Bill & Melinda Gates ada bekerjasama dengan Forum Ekonomi Dunia dan John Hopkins Center for Health Security untuk uji sejauh mana dunia bersedia untuk berdepan dengan wabak.

billgates

Nak dijadikan cerita, kebetulan Covid-19 muncul 2 bulan kemudian sekaligus ahli konspirasi teori mendakwa yang forum tersebut ‘punca’ kepada penyebaran wabak Covid-19.

Part paling best, Bill Gates ada ramalkan yang satu wabak seperti Coronavirus akan berlaku dan bermula di sebuah pasar di China.

Bagaimanapun John Hopkins Center for Health Security menafikan kaitan mereka dengan wabak tersebut.

Bukan itu sahaja, ahli teori konspirasi juga mendakwa yang Yayasan Bill & Melinda Gates biaya satu institut di UK untuk sebarkan wabak ini supaya mereka boleh jual vaksin…yuckss!

Tapi institut tersebut menafikan perkara tersebut dan kata mereka hanya melakukan kajian coronavirus yang jejaskan burung dan bukan manusia.

2. Gelombang radiasi Internet 5G?

Kalau korang nak tahu, Wuhan merupakan salah satu bandar-bandar yang terawal di China mendapatkan internet 5G.

2 9

So disebabkan virus ini muncul di bandar tersebut, ahli teori konspirasi percaya Covid-19 terhasil daripada gelombang radiasi yang dihasilkan dari internet tersebut.

Bukan suka-suka bagi tuduhan tau, sebaliknya dakwaan ini berdasarkan kertas penyelidikan berusia 2 dekad yang dedahkan bahawa 5G adalah berbahaya kepada kesihatan manusia.

Katanya, coronavirus adalah bentuk keracunan radiasi yang membuatkan sistem inmun jadi lemah sekaligus menyebabkan seseorang mudah terdedah kepada penyakit.

 

3. Kerajaan AS cipta Covid-19 sebab nak musnahkan ekonomi China?

Sama ada korang perasan atau tidak, setiap kali sesuatu yang besar berlaku di dunia, negara Amerika Syarikat tidak akan terlepas jadi sebutan.

Kes kali ini AS didakwa mencipta virus itu untuk memusnahkan ekonomi pesaing terdekatnya iaitu China malah AS gunakan ‘wabak’ ini untuk menjual vaksin kepada kerajaan China.

105912849

Ini merupakan laporan yang dikeluarkan rangkaian berita Rusia iaitu Channel One dan dilaporkan secara langsung!

 

4. Senjata biologi China

Wow! Ini satu lagi teori yang mungkin masuk akal apabila mereka mendakwa yang Covid-19 ini sebenarnya adalah program senjata biologi mereka.

Katanya virus ini dipercayai tersebar dari Makmal Biokeselamatan Kebangsaan yang merupakan satu-satunya makmal milik kerajaan China yang diguna bagi menjalankan kajian ke atas virus-virus berbahaya.

3 5

Dakwan ini bukan saja-saja dibuat sebaliknya selepas kenyataan Presiden China, Xi Jinping sebagai wabak ini bermula di Wuhan.

Kata Xi Jinping, keselamatan makmal-makmal adalah isu kebangsaan.

So ahli teori konspirasi sokong dakwaan bahawa virus-virus ini telah ‘bocor’ dari makmal di China, contohnya macam Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) yang didakwa bocor sebanyak 2 kali.

Huh! Seriusla…

 

Sumber ; iluminasi

 

Baca : Sebak dengar muazzin menangis Azan Di Kuwait Diubah, Seru Penduduk Tunai Solat Di Rumah Kerana Darurat Covid-19

4 5

Sumber: Astro Awani
Sumber: Venture Beat
Sumber: CNBC
Sumber: Vox