in

Kerajaan Bayar Lebih RM6 Bilion Untuk Bina 5 Kapal TLDM, Namun Satu Pun Tak Siap Hingga Kini?

Nurul Izzah Projek Lcs Bns

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hangat diperkatakan kini mengenai projek pembinaan lima buah kapal Littoral Combatant Ship (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) oleh syarikat Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) yang dikatakan tidak siap walaupun kerajaan sudah mengeluarkan jumlah dana yang banyak.


Perkara ini didedahkan oleh ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar menerusi satu video di Instagram yang mana dia yang juga ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) telah membuat laporan siasatan mengenai projek LCS ini.

Kerajaan keluarkan RM6.083 bilion tapi satu kapal pun tak siap? 

Menurut Izzah, dia bersama Pengerusi PAC, Wong Kah Woh yang membuat pembentangan mengenai isu ini semalam mendedahkan bahawa kerajaan sudah membayar sejumlah RM6.083 bilion untuk projek LCS ini kepada syarikat BNS namun tiada sebuah kapal pun yang disiapkan.

Kerajaan telah membayar sejumlah RM6.083 bilion untuk projek LCS, namun tiada sebuah kapal LCS pun yang disiapkan. Menurut jadual asal, setakat Ogos 2022 sepatutnya lima buah kapal LCS harus disiap dan diserahkan,” kata Wong.

Tambah Izzah lagi, kontrak projek LCS ini juga diberikan oleh kerajaan kepada BNS secara rundingan terus.

PAC juga pada masa yang sama mendapati pandangan TLDM selaku pengguna akhir tidak diendahkan oleh Kementerian Pertahanan dan BNS dalam perlaksanaan projek LCS, lapor Berita Harian.

Dalam pada itu, reka bentuk asal kapal jenis SIGMA pilihan TLDM yang telah dipersetujui Menteri Pertahanan telah berubah kepada reka bentuk jenis GOWIND pada 11 Julai 2011 atas cadangan BNS yang dibawa kepada Menteri Pertahanan pada 8 Julai 2011.

Memetik kenyataan Tan Sri Abdul Aziz, Panglima TLDM pada ketika itu, keputusan tersebut adalah “something is gravely wrong”,” kata Wong lagi.

Lcs 1659604943

“Most expensive dummy ship?” 

Dalam pada itu, netizen di Twitter ada mendakwa bahawa kapal yang siap dibina juga merupakan dummy ship yang mana isinya ‘kosong’ dan tingkap juga kelihatan seakan-akan dicat dan bukannya tingkap yang betul.

Kapal 1

Kapal 2

Dalam pada itu, pihak PAC juga meminta kementerian membentangkan perancangan perolehan ketenteraan substantif kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Pertahanan dan Keselamatan dari semasa ke semasa, membabitkan semua pihak berkepentingan demi kesiapsiagaan pertahanan negara.

“Pentadbiran kontrak kerajaan haruslah diperkemas untuk meminimumkan VO bagi mengelak peningkatan kos projek, selain Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu segera mengambil tindakan ke atas segala penemuan Laporan PAC, Laporan JKSTUPKK, dan Laporan Pengauditan Forensik. Pendakwaan harus disegarakan.

“MINDEF perlu melihat semula semua opsyen dan menetapkan hala tuju terbaik bagi projek LCS dan memastikan wang awam dibelanjakan secara bertanggungjawab, selain perlu membentangkan laporan kemajuan projek LCS setiap tiga bulan kepada PAC sehingga ia disempurnakan,” kata Pengerusi PAC.

Sedih bila wang negara disia-siakan begitu sahaja. Harap pihak berwajib dapat ambil tindakan. 

Baca: Tular Polis Peronda Didakwa Ambil Rasuah, PDRM Tengah Cari Pemilik Video

Rasuah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.