in

Kerajaan Bagi Pengecualian ‘Renew’ Lesen Memandu Hingga 31 Mac

Pkp2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Memandangkan sekarang ini musim PKP, kerajaan telah memberikan pengecualian kepada pemilik kenderaan persendirian, lesen kenderaan motor (LKM) dan lesen memandu kompeten (CDL) yang dah tamat tempoh, ia akan dilaksanakan dari 1 Februari Hingga 31 Mac ini.


Namun begitu, hendaklah memperbaharuinya dalam masa 30 hari selepas tempoh pengecualian iaitu sehingga 30 April ini, jelas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menerusi Astro Awani.

 

Dalam tempoh itu, orang ramai masih boleh memandu kenderaan walaupun LKM atau CDL tamat tempoh namun mereka perlu membawa bersama salinan sijil perlindungan insurans yang masih sah.”

Pkp 1

Ini bermakna mereka perlu menunjukkan dokumen tersebut seandainya diminta penguat kuasa polis ketika sekatan jalan raya.

Tambah beliau, hal ini ekoran keprihatinan rakyat untuk mematuhi SOP dalam usaha mengelakkan kesesakan di tempat awam.

“Kita menerima maklum balas orang ramai khususnya melibatkan pemilik kenderaan persendirian mengenai LKM dan CDL mereka yang telah tamat tempoh di sepanjang pelaksanaan PKP di seluruh negara kecuali Sarawak.

“Ini disebabkan oleh perkhidmatan operasi di kaunter-kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) di Sabah dan Sarawak telah dihadkan berikutan pelaksanaan PKP,” jelasnya.

 

Tidak tertakluk kepada GDL dan PSV

Img 7294A

Beliau memaklumkan, pengecualian ini tidak diberikan kepada pemilik kenderaan perdagangan dan individu termasuk lesen vokasional (GDL dan PSV) kerana perkhidmatan pembaharuan yang berkaitan mereka dibenarkan di bawah jadual perkhidmatan perlu (essential services).

Merekaa boleh membuat pembaharuan di semua kaunter, pejabat JPJ, APAD, LPKP Sabah dan LPKP Sarawak di sepanjang tempoh PKP.

Beliau memberitahu, semua pusat pemeriksaan kenderaan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) juga beroperasi bagi tujuan menyediakan perkhidmatan berkaitan pembaharuan ini.

“Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa menjadi pemandu berhemah dan mematuhi segala SOP yang ditetapkan MKN sepanjang tempoh pelaksanaan PKP,” tambahnya lagi.

Untuk rekod, pengecualian yang sama sebelum ini pernah diberikan ketika pelaksanaan PKP 1.0, bermula 25 Mac hingga 30 September lalu.

 

Baca : Padah Tumbuk Bomba Jalankan Tugas, Lelaki Dihukum Penjara 6 Bulan Beserta Denda RM6,000 & Lesennya Digantung

Lesen

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.