in

Padah Tumbuk Bomba Jalankan Tugas, Lelaki Dihukum Penjara 6 Bulan Beserta Denda RM6,000 & Lesennya Digantung

Bomba2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini tular mengenai seorang lelaki mengamuk dan secara tiba-tiba telah menumbuk seorang anggota bomba yang cuba menenangkan dia sebelum dia ditahan oleh pihak polis.


Susulan itu, hari ini dia telah disabitkan atas dua pertuduhan.

 

Pertuduhan pertama, tertuduh sengaja melakukan kekerasan jenayah terhadap penjawat awam, Kan Hong Kit, 33 tahun dan didenda penjara sebulan bermula hari ini.

Mengikut pertuduhan pertama di hadapan Majistret Muhammad Noor Firdaus Rosli, tertuduh mengaku bersalah dengan sengaja melakukan kekerasan terhadap, Alfred Rudy Anak Tungku, 26, daripada kewajipannya sebagai anggota bomba. – Lapor Harian Metro

Kereta1 1

 

Bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh didapati bersalah kerana memandu secara melulu dan dihukum penjara selama 5 bulan manakala denda sebanyak RM6,000.

Di hadapan Majistret Syahrul Sazly Md Sain, tertuduh mengaku bersalah semasa dibacakan pertuduhan.

Tertuduh disabitkan kesalahan bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

 

Lesen memandunya turut digantung selama dua tahun.

 

Majistret Noor Firdaus berharap kejadian seperti ini dapat dielakkan.

“Kesalahan sebegini terhadap penjawat awam tidak sewajarnya berlaku.

“Bagaimanapun, mahkamah mempertimbangkan mengenai latar belakang tertuduh dan ini adalah kesalahan pertama serta pengakuan bersalah tertuduh.”

 

Baca : “Positif dadah” – [Video] Lelaki Tumbuk Pegawai Bomba Yang Nak Bantu Padamkan Kebakaran Kereta Miliknya

Bomba 1

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.