in

Kerajaan Akan Teliti Kebenaran Rentas Negeri Ketika Aidilfitri – TS Muhyiddin Yassin

3Tsmy

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Negara kita masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang pelbagai mengikut setiap negeri. Dengan keadaan dan trend bilangan pesakit Covid-19 yang masih tinggi, ramai yang tertanya-tanya adakah pihak kerajaan akan membenarkan rentas negeri ketika Aidilfitri tidak lama lagi.


Bercakap mengenai soal itu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan akan meneliti kebenaran pergerakan rentas negeri sempena sambutan perayaan itu yang akan diraikan pertengahan Mei nanti.

Screenshot 2021 03 27 At 3.15.28 Pm

Memetik sumber dari Bernama, Perdana Menteri juga membayangkan kemungkinan membenarkan solat sunat Aidilfitri serta aktiviti takbir raya dan kunjung-mengunjung ke rumah berdekatan selepas kerajaan memberikan kebenaran solat sunat tarawih pada Ramadan kali ni.

Lepas ni, besok nak raya, mungkin boleh buat solat raya bersama-sama takbir dan sebagainya, ataupun selepas itu boleh ziarah, kalau rumah sebelah bolehlah kot, tapi nak rentas negeri balik kampung, saya belum dapat nak bagi jawapan” – TS Muhyiddin

Beliau turut menambah, pihak kerajaan akan meneliti dan akan umumkan kebenaran rentas negeri sekiranya dipersetujui badan kerajaan yang lain pada masa yang sesuai.

Harap kes lepas ni turun cepat sikit lah. Takkan dua tahun berturut-turut nak raya diperantauan kan. 

Sumber: Bernama

Baca: KKM Kongsi 6 Faktor Penilaian Risiko Sebelum Benarkan Rentas Negeri

Screenshot 2021 03 27 At 3.18.41 Pm

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.