in

“Kepada orang perempuan..” – Selain Talasemia, Perkara Ini Perlu Diambil Berat Sebelum Berkahwin Dengan Pasangan

Rhesus 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Segelintir daripada kita mungkin sudah tahu tentang Talasemia yang mana jika salah seorang pasangan menghidap penyakit tersebut, setiap anak mereka mempunyai 50% peluang untuk mewarisi gen Talasemia tersebut.


Namun, jika kedua-dua ibu bapa mereka menghidap Talasemia, anak-anak mereka berisiko untuk mendapat Talasemia major.

Pun begitu, ada satu lagi perkara yang perlu diambil berat terutamanya bagi golongan perempuan yang mempunyai kumpulan darah rhesus negatif, contohnya AB-, O- dan sebagainya.

“Kena tahu untuk persediaan..”

Menerusi hantaran oleh Muhammad Noor di TikTok menjelaskan tentang risiko bagi wanita yang mempunyai rhesus darah negatif yang mana ia akan mempengaruhi kehamilan. Selain seorang pempengaruh di platform itu, Muhammad Noor juga bekerja dalam bidang perubatan.

Artikel berkaitan: [VIDEO] Wanita Kongsi Kisah Sedih Tak Dapat Kahwin Lepas Diri & Pasangan Disahkan Pembawa Talasemia

Artikel berkaitan: Lepas 3 Tahun Bercinta, Pasangan Kekasih Terpaksa Putus Hubungan Kerana Kedua-duanya Pembawa Talasemia

Contoh situasi, sekiranya wanita golongan rhesus negatif ini berkahwin dengan suami yang mempunyai rhesus positif, boleh jadi anak tersebut akan mewarisi rhesus positif daripada bapa mereka.

Darah anak tu akan pergi dalam kitaran darah you dan badan you akan kenal pasti darah anak you sebagai ‘benda asing’ sebab dalam darah anak ada rhesus positif. So, badan you akan mula menghasilkan antibodi untuk attack bayi tu.

@dodosentoso

Arini kita cita pasal darah negative. Korang dah check dah korang kumpulan apa.?

♬ original sound – Muhammad Noor bin Zakaria – Muhammad Noor bin Zakaria

Kebiasaan terjadi kepada anak kedua dan seterusnya

Pun begitu, perkara ini mungkin tidak terjadi bagi anak pertama kerana badan mengambil masa yang lama untuk menghasilkan antibodi tersebut.

Biasanya baby pertama takde masalah, tapi badan you dah sedia ada antibodi yang sedia untuk melawan darah tu (positif) sekiranya ada lagi. Bila you hamil kali kedua, positif juga (ikut rhesus suami)… itu bahaya sebab badan you dah bersedia untuk attack your baby.

Bagaimanapun, perkara ini mempunyai rawatan khusus seperti suntikan ‘RhoGam’ bagi mengelakkan berlakunya masalah ini kepada kandungan kedua dan seterusnya.

Menurut Berita Harian, suntikan tersebut berfungsi untuk melindungi sel darah ibu mengandung daripada pecah yang berkemungkinan membawa risiko kepada bayi dalam kandungan atau boleh membawa maut.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi pendapat mengenai perkara ini.

Rhesus 1 Rhesus 2 Rhesus 3

Menarik topik ni.. tak semua tahu pasal benda macam ni..

Sumber: TikTok, Berita Harian, MyHEALTH

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.