Pada saat ini, pastinya semua sudah sedia maklum tentang jurujual wanita, Sam Ke Ting, 24, yang dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian 8 remaja berbasikal, 2 tahun lepas.
Menurut FMT, Majistret Siti Hajar Ali membebaskannya tanpa memanggil untuk membela diri terhadap pertuduhan itu disebabkan pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh pada akhir kes pendakwaan.
Mahkamah membuat keputusan itu berdasarkan beberapa perkara termasuk situasi jalan berbukit yang gelap dan berselekoh, jadi pemandu tidak dapat jangka terdapat kumpulan berbasikal yang ramai di jalan tersebut pada jam 3 pagi.
Selain itu, keadaan bahaya itu sendiri juga dicipta sendiri oleh kumpulan basikal lajak terbabit. Katanya,
Berdasarkan keterangan pasukan penyiasat, terdapat pokok besar di laluan berkenaan dan pencahayaan malap walaupun terdapat lampu di tembok pembahagi jalan.”
Aktiviti itu (basikal lajak) sudah umum diketahui di situ (lokasi kejadian), terdapat aduan mengenai perlumbaan basikal lajak di situ.”
Adalah munasabah mereka yang lalu di situ akan menjangka situasi terjadi, namun hanya terpakai kepada penduduk di situ dan mereka yang selalu menggunakan jalan itu.
Ia tidak adil kepada pengguna yang jarang menggunakan jalan itu atau penduduk yang tidak tinggal di situ.”
Keputusan mahkamah ini mendapat perhatian ramai orang di seluruh negara di mana ada yang tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah dan ada juga kelompok yang menyalahkan ibu bapa mangsa.
Seorang individu di Twitter berkata memang ramai yang akan marah dengan pembebasan wanita ini namun ibu bapa sebenarnya yang patut dipersalahkan dalam hal ini.
Ibu bapa yang bersalah dalam hal ini sebab membenarkan anak mereka bermain di lebuh raya pada jam 3 pagi.”
https://twitter.com/1obefiend/status/1188661086108577793?s=21
Ada juga yang berkata basikal lajak itu sendiri tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan apatah lagi kesemua mangsa berbasikal pada waktu sebegitu dan di lebuh raya.
“Basikal lajak sangat bahaya. Pukul 3 pagi dekat jalan besar. Bawah umur.”
Namun, ada juga kelompok netizen yang tidak rasa ibu bapa tidak patut dipersalahkan dan wanita terbabit patut diberi hukuman kerana menyebabkan kematian.
Kata mereka, mungkin ibu bapa dah melarang tapi anak mereka degil dan tidak mendengar kata. Ada juga yang kata sepatutnya wanita ini tidak dibebaskan sebegitu saja.
Bagaimanapun, menurut peguam Syahredzan Johan, orang ramai (yang tidak bersetuju) seharusnya baca dulu alasan penghakiman mahkamah majistret membebaskan wanita terbabit.
Jangan samakan orang yang memandu dalam keadaan mabuk, atau memandu lawan arus, dengan orang yang bawa kereta dengan betul.”
Baca sebelum komen atau hentam.”
https://www.facebook.com/SyahredzanJohan/posts/414244506156075
Wanita terbabit didapati tidak berada di bawah pengaruh alkohol, tidak menggunakan telefon bimbit serta memakai tali pinggang keledar ketika memandu.
Selain itu, wanita berkenaan juga tidak melawan arus dan tidak berlumba, membuktikan dia memandu dalam keadaan bertanggungjawab dan berjaga-jaga.