in

“Kenapa perlu susahkan keluarga si mati”- Polisi Baharu MPAJ, Kebumi Jenazah Kena Tunggu Waktu Pejabat?

Featured 64

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selalu kita dengar dalam agama islam supaya urusan pengebumian jenazah perlu disempurnakan dengan segera.


Bukan sahaja bagi menghormati keadaan keluarga si mati bahkan juga dari sudut sainsnya dikatakan mayat akan mengeluarkan cecair dari tubuh selepas ia mati yang semakin lama dibiarkan, ia akan mengeluarkan bau yang kurang enak.

Namun polisi baharu yang diperkenalkan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) ini mungkin akan sedikit mengejutkan.

Mpaj E1455852446602 900X5501 1
Sumber: suk selangor

Setiap permohonan permit untuk mengkebumikan mayat selepas jam 5 petang perlu menunggu waktu pejabat iaitu antara jam 8 pagi hingga jam 5 petang keesokan harinya untuk dikebumikan.”

Ini kerana terdapat 2 tanah perkuburan islam di daerah itu yang memerlukan permit gali dari MPAJ iaitu di Kampung Cheras dan Ukay Perdana, lapor Malaysia Gazette.

Manakala di Taman Kosas dan Taman Bukit Teratai sudah ditutup kerana sudah penuh.

Tanahkuburislam
Gambar hiasan

Bagaimanapun pengenalan polisi baharu itu mengundang rasa tidak senang ramai pihak yang kecewa permit MPAJ bagi urusan kebumi jenazah yang meninggal dunia selepas 5 petang hanya akan dikeluarkan pada waktu pejabat.

“Ada satu kes ini di mana pengadu mendakwa jenazah ibunya yang sudah siap dimandikan dan disembahyangkan tetapi tidak dibenarkan dikebumikan segera kerana permohonan permit di luar waktu pejabat.

“Ada kes lain keluarga si mati terpaksa mengeluarkan tambahan RM200 untuk mengupah penggali kubur untuk kebumikan jenazah selepas waktu 7 malam supaya urusan pengkebumian dapat disempurnakan.”

Difahamkan, polisi baharu ini berbeza dengan sebelum ini yang mana permit boleh dikeluarkan bila-bila masa, malah sehingga jam 10 malam.

Malah negeri-negeri lain juga mempunyai polisi berbeza bagi pengeluaran permit kebumi jenazah antaranya :

  • Pulau Pinang – Sehingga jam 9 malam
  • Negeri Sembilan – Sehingga jam 10 malam
  • Melaka, Johor dan Terengganu – Tidak perlu permit PBT

Melihatkan banyak aduan dan persoalan yang diterima, Pegawai Komunikasi Korporat MPAJ, Norhayati Ahmad berkata waktu pengebumian adalah mengikut waktu pejabat iaitu sehingga jam 5 petang tapi diberi sedikit kelonggaran sehingga 7 petang, iaitu sampai habis urusan pengebumian.

Whatsapp Image 2017 09 15 At 10.22.52 Pm.jpeg.transformed
Gambar hiasan

“MPAJ tidak membenarkan pengkebumian pada waktu malam tetapi sekiranya ada kecemasan, pihak MPAJ akan mempertimbangkan permohonan berkenaan.

“Kecemasan bermaksud jenazah yang perlu dikebumikan segera atas nasihat dan surat daripada doktor atau polis.Jenazah individu yang meninggal dunia selepas jam 5 petang akan dikebumikan pada keesokan hari.

“Jenazah yang tidak dalam kategori kecemasan untuk kebumi kita nasihatkan kebumi pagi esoknya,”

So begitulah ceritanya, korang rasa macam mana?

Baca : Menggigil tangan aku remove eyelash jenazah Meninggal Ketika Pakai Make Up Tebal, Tukang Mandi Kongsi Kisah Ngeri

 

Make Up 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.