in

“Kenapa kurang ajar sangat?”- [VIDEO] Bengang Ditahan Polis Lepas Langgar SOP, Remaja Kena ‘Sound’ Sebab Tak Beradab

Cats 93

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelaksanaan PKP 3.0 kali ini dilakukan dengan lebih ketat dengan tiada lagi rentas daerah dan negeri dibenarkan tanpa kebenaran polis atau hal kecemasan.


Baru-baru ini, tular satu video tentang sekumpulan remaja ditahan polis sebab langgar SOP PKP  di kawasan Kampung Sungai Kelambu di Banting, Selangor. Tahan orang yang langgar SOP itu perkara biasa bagi pihak polis sebab itu memang tugas yang mereka perlu laksanakan.

Apa yang buatkan pihak polis marah kepada sekumpulan remaja ini adalah bila diorang bertindak kurang ajar dengan polis yang menahan mereka itu.

 

Kena ‘sound’ dengan polis

Video yang dikongsikan oleh My_CrimeWatch di Twitter semalam menunjukkan polis ‘sound’ seorang remaja lelaki selepas dia memaki anggota polis yang sedang bertugas dengan kata kesat.

“Kau kenapa kurang ajar sangat? Tak boleh cakap elok elok?”

Korang kalau dengar suara polis yang tengah soal siasat remaja itu pun mesti dapat agak betapa marahnya dia dekat remaja lelaki tersebut.

Remaja itu bagitahu yang dia keluar untuk tolong ambil bateri kereta yang dikirimkan oleh ayahnya tetapi bengang apabila ditahan oleh pihak polis di sekatan jalan raya sehingga menyebabkan dia mengeluarkan kata kesat kepada pihak polis.

“Apa hak kau nak marah orang tua? Kau tahu tahu tak kau salah?”

Screenshot 34

 

Kena kompaun maksimum

Walaupun remaja itu beritahu yang dia sudah minta maaf, tapi anggota polis itu masih geram sebab remaja itu sebenarnya boleh sahaja cakap elok-elok tapi lebih memilih untuk maki dengan nada suara yang tinggi.

Disebabkan remaja itu dikatakan bersikap kurang ajar dengan pihak polis, dia dikenakan kompaun maksimum dengan jumlah yang tidak diketahui dengan jelas.

Marah macam mana sekalipun, jangan la korang maki atau kurang ajar dengan orang lain ye…

 

Sumber: My_CrimeWatch

Baca:”Kurang ajar tahap ayah pin!”- Budak-budak Viral ‘Prank’ Orang Tua Bonceng Motor Sampai Terjatuh Dah Minta Maaf

Capture 74

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.