in

“Kenapa emas mahal?” – Ini 5 Fakta Menarik Tentang Emas Yang Tak Ramai Tahu

Featured LM 26

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Emas adalah satu-satunya benda yang takkan pernah hilang nilainya walaupun trend kerap berubah.

Sejak zaman tamadun purba lagi, manusia memang minat betul dengan warna dan kilauan emas. Kemudian ia digunakan sebagai mata wang, perhiasan dan penentu ‘taraf kekayaan’ sesebuah keluarga pada zaman dulu. Tapi sampai hari ini, daya tarikannya tak pernah hilang sebab nilai emas biasanya kekal walaupun pasaran lain tidak menentu.


Dari dulu sampailah sekarang, logam emas ni kekal menjadi simbol kepada kekayaan, kemewahan serta simpanan semasa keadaan ekonomi tidak stabil. Ramai rakyat Malaysia percaya yang emas ni bukan saja sebuah aksesori, tapi juga pelaburan untuk jaga nilai harta mereka.

Dalam budaya Malaysia, emas selalu dilihat dalam hal-hal seperti perkahwinan sebagai lambang rezeki dan hadiah. Dengan adanya pelbagai platform dan skim pelaburan, makin ramai rakyat Malaysia jadikan emas sebagai aset jangka panjang untuk elak inflasi dan bina kestabilan kewangan.

Dan sebab semua inilah emas kekal menjadi antara aset yang paling bernilai di dunia. Jadi kalau korang nak faham kenapa emas boleh mahal, boleh teruskan baca artikel di bawah ini.

Artikel Berkaitan: Ramai Harap Aktiviti Mendulang Emas Eksklusif Untuk Penduduk Tempatan Sahaja – Lobak Merah

Artikel Berkaitan: Penduduk Mula Berebut Lokasi Selepas Kerajaan Kelantan Beri Kebenaran Mendulang Emas – Lobak Merah

1. Emas berasal dari luar angkasa 

space gold

Golongan saintis percaya yang hasil emas ni sebenarnya bukan produk asli dari bumi. Logam berharga ini terbentuk melalui letupan bintang gergasi seperti supernova dan perlanggaran bintang neutron yang menghasilkan elemen berat di angkasa. Debu dan serpihan logam dari letupan ini terapung di galaksi dan akhirnya menjadi meteor.

Meteor-meteor inilah yang menghentam bumi lebih 4 bilion tahun lalu ketika planet kita masih muda. Hentaman ini yang membawa logam berharga seperti emas, perak dan platinum yang kemudian tertanam jauh dalam kerak bumi.

Maksudnya, setiap barang kemas yang kita miliki hari ini rupanya berasal daripada angkasa!

2. Emas boleh dimakan 

gold leaf

Kalau korang nak tahu, emas tulen 24K sebenarnya selamat untuk dimakan. Kuantiti emas yang kecil tidak toksik dan tidak memberi sebarang reaksi kepada sistem tubuh manusia sekiranya dijadikan hiasan makanan atau minuman.

Sebab itulah kita selalu nampak penggunaan daun emas atau gold leaf yang dijadikan sebagai hiasan makanan. Ada juga minuman keras yang dicampur dengan emas untuk tampil lebih eksklusif.

Selain itu, emas juga kadang-kadang digunakan dalam bidang perubatan sebagai bahan campuran dalam ubat tertentu. Isotop emas dikatakan boleh digunakan dalam rawatan kanser untuk menyasarkan dan memusnahkan sel-sel berpenyakit.

Tapi kena ingat, emas hanya selamat untuk diambil dalam kuantiti yang kecil saja sebab fungsinya bukan untuk kenyang.

3. Mendulang untuk dapatkan emas 

mendulang emas

Emas sebenarnya bermula dari proses mendulang yang sangat mencabar sebelum ia dijadikan satu perhiasan yang cantik. Emas jarang ditemui dalam bentuk yang tulen terutamanya bila ia sudah bercampur dengan tanah, batu dan mineral lain. Jadi, proses untuk mengekstrak emas memerlukan ketelitian dan kesabaran.

Di Malaysia dan banyak negara lain, pendulang emas akan menggunakan kaedah tradisional seperti menapis pasir sungai untuk mengasingkan zarah emas. Ada juga kaedah moden menggunakan kimia untuk mengekstrak emas daripada batuan yang keras, tapi semuanya perlu berdepan dengan proses yang mencabar.

Proses mendulang ni bukannya perlu tenaga fizikal sahaja, tapi pengetahuan tentang geologi dan teknik pemprosesan pun penting juga. Setiap gram emas yang berjaya diperoleh biasanya makan masa yang lama sebab ia bukannya sesuatu yang mudah untuk didapati.

Maksudnya, setiap emas yang cantik ini adalah hasil daripada kesabaran dan ketekunan pendulang emas yang bekerja keras dalam mengekstrak emas.

4. Lautan kita penuh dengan emas 

emas

Golongan saintis juga percaya yang lautan dunia ni sebenarnya mengandungi emas, cumanya dalam jumlah yang sangat kecil dan tersebar luas. Maksudnya, emas dalam laut tu wujud dalam bentuk zarah atau ion yang larut dalam air laut dan bukannya saiz yang besar.

Masalahnya, teknologi hari ini masih belum cukup cekap untuk mengumpul emas dari laut secara praktikal. Setiap liter air laut hanya mengandungi sebahagian emas yang sangat sikit, menjadikan lombong emas dari dasar laut masih jauh dari realiti.

5. Badan manusia pun ada emas 

Featured LM 25

Korang tahu tak yang sebenarnya tubuh manusia pun mengandungi emas? Tapi jumlahnya sangat sikit iaitu sekitar 0.2 miligram dan biasanya wujud dalam darah dan sel-sel tisu.

Walaupun tak cukup dan tak boleh dijadikan sebagai barang perhiasan, fakta ini menunjukkan logam memang sebahagian daripada kehidupan kita secara literal.

Emas dalam tubuh badan manusia ini dipercayai memainkan peranan kecil dalam proses biologi, namun banyak kajian masih dijalankan untuk fahami kesan sebenar.

Jadi itulah beberapa fakta menarik tentang emas yang mungkin korang tak pernah tahu. Fakta-fakta ini juga menunjukkan betapa unik dan bernilainya emas dalam kehidupan kita sebab setiap perhiasan emas ni semuanya ada cerita dan sejarahnya sendiri.

Sumber: GB Gold Malaysia

Sumber: Serg-DAV
Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.