in

“Kenapa ambil? Dia bermasalah” – Lelaki Jawab Kenapa Jemput Shuk Sahar Dalam Podcast

Shuk 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bekas penyampai radio dan pengacara terkenal Malaysia, Shuk Sahar sebelum ini pernah terpalit dengan kontroversi telah menyebabkan dia kehilangan kerja. Sejak peristiwa itu, Shuk mengakui dia juga kehilangan kawan tetapi bersyukur keluarganya masih ada di sisi.

Baru-baru ini, Shuk telah dijemput dalam beberapa sesi podcast dari negara Singapore iaitu Okletsgo dan disebabkan itu, namanya disebut semula oleh orang ramai termasuklah orang Malaysia. Namun, ada orang yang beranggapan Shuk tidak patut menjadi tetamu dalam podcast tersebut.


“Kenapa jemput Shuk? Dia bermasalah!”

Satu video yang dimuat naik oleh @okletsgo.sg di TikTok memaparkan seorang peminat podcast bertanya sebab mengapa mereka menjemput bekas penyampai radio tersebut. Baginya, Shuk seorang yang bermasalah.

Persoalan itu dijawab oleh seorang pengacara podcast tersebut dan mengatakan Shuk adalah seorang individu yang bagus namun bakatnya tidak dipandang lagi disebabkan kisah silamnya dahulu.

Bercakap tentang masalah dan seumpamanya, aku rasa setiap orang ada masalah.Branding kita adakalanya terpaut dengan masalah. Kami DJ yang bermasalah, kami dibuang, berhenti. Tapi, dalam masa yang sama.. dalam hidup ada orang yang boleh betulkan semula sebab tak ada orang perfect.

Tambahnya, jika kita hidup untuk memandang masa lalu maka kita tidak dapat berada di hadapan. Dia juga mengimbas kembali kisah silamnya yang bercerai pada tahun lepas sehingga dipandang buruk oleh masyarakat.

Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Sweet’ Disuap Isteri, Netizen ‘Berbunga’ Lihat Hubungan Shuk & Sera Di Tanah Suci

Artikel berkaitan: “Luluhnya hati” – [VIDEO] Ramai Sedih Tengok Anak Bongsu Meraung Tak Mahu Berpisah Dengan Shuk

Tahun lepas, aku pun ada banyak masalah. Aku sampai hilang perkahwinan aku, sampai aku bercerai. Itu antara masalah peribadi yang aku perlu lalui dan kalau tidak laluinya, tidak kena cancel dan sebagainya. Bagaimana aku nak ada learning curve untuk menjadi orang yang lebih baik.

“Shuk seorang yang sangat baik”

Pengacara podcast itu berkata mereka pernah dijemput dalam temu ramah oleh beberapa stesen radio di Malaysia dan penyampai radio itu berasa gembira kerana mereka memberi peluang kepada Shuk Sahar.

Ini semua bekas teman dia. Antara perkara yang mereka katakan, semua benda yang baik-baik. Shuib terutamanya, “Aku sebenarnya happy gila Okletsgo beri Shuk peluang. Dia sahabat yang sangat baik.

Katanya lagi, cerita tentang kebaikan orang lain tidak dipaparkan dalam media tetapi yang ada cuma kisah kontroversi mereka. Dia menyimpulkan bahawa kebaikan orang juga perlu diberitahu berbanding dengan keburukan.

Akhir sekali, bukan kita yang akan judge dia masuk syurga ke neraka. Tu tugas Tuhan. Tapi aku rasa beliau (Shuk) adalah permata Malaysia.

Aku pernah pegang dengan satu ayat. Tiada orang jahat yang tiada masa depan dan tiada orang baik yang tiada masa silam. – Shuk Sahar

@okletsgo.sg

“Kenapa korang ambik @shuksahar ?? Dia bermasalah doh” Dekat podcast penuh di Spotify ➡️ OKLETSGO #okletsgo #okletsgosg #fyp #fypsg #fypmy #podcast #radio #viralmalaysia🇲🇾 #gempakviral #berita #shuksahar #fypシ #suriafm #erafm #hotfm #kool101

♬ original sound – OKLETSGO – OKLETSGO

Di ruangan komen, ramai netizen bersetuju dengan pendapat pengacara podcast tersebut.

Shuk 1 Shuk 2

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.