in

Kenali Jonny Kim, Dulu Askar Sekarang Angkasawan Dan Pernah Bergelar Doktor

5Kim

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Waktu zaman kita sekolah dulu mesti ada kita ada cita-cita kan. Ada sesetengah orang tu bila dengar cita-cita kawan dia lagi best, dia pun nak jadi macam tu juga. Macam min dulu setiap tahun tukar cita-cita, tapi masuk universiti dulu, kos tak ada kena mengena pula dengan cita-cita dulu.


Cakap pasal cita-cita ni, min nak share satu cerita pasal seorang lelaki yang dah lalu tiga kerjaya sepanjang hidup dia selama 37 tahun. Bukan kerja biasa-biasa tau, ni kerja yang memang memerlukan kepakaran yang tinggi.

Kenali Jonny Kim

Kim ni baru berumur 37 tahun, tapi dah pernah ada dan melalui pengalaman 3 kerjaya yang berbeza. Antaranya pernah menjadi anggota Navy Seal yang berpangkat Leftenan, kemudian pernah bergelar doktor perubatan lulusan Harvard University dan terkini beliau adalah seorang angkasawan di NASA.

Seorang pengguna Twitter ada berkongsi mengenai keunikan kerjaya yang dilalui Kim sepanjang 37 tahun umurnya sehingga kini. Termasuk min sendiri, ramai yang kagum dengan pencapaian luar biasa beliau. Korang boleh tengok tweet @SinghLions kat bawah ni.

Screenshot 2021 10 09 At 4.27.11 Pm Screenshot 2021 10 09 At 4.27.22 Pm

 

Sejarah ringkas

Mula-mula macam susah nak percaya. Iyelah ingat pelakon ke apa, tapi memang betul-betul wujud tau. Kalau korang tak percaya, korang boleh tengok kat bawah ni atau check je terus laman web nasa.gov

Screenshot 2021 10 09 At 4.30.18 Pm

 

Okay min cerita sikit sejarah ringkas Kim ni untuk korang. Sumber cerita ni min petik dari laman web  NASA tau.

Leftenan Kim mula menyertai Tentera Laut Amerika Syarikat sebagai kelasi selepas tamat pengajian sekolah menengah pada tahun 2002. Beliau pernah menyertai lebih 100 misi bersama pasukan Navy SEAL dan menerima pelbagai pingat penghargaan.

Beliau juga memperoleh ijazah sarjana muda dalam bidang matematik di University of San Diego pada tahun 2012. Anak kelahiran immigran Korea-Amerika ini kemudiannya berjaya memperoleh ijazah dalam bidang perubatan dari Harvard Medical School pada tahun 2016.

Beliau pernah berkhidmat sebagai seorang pengamal perubatan di Massachusetts General Hospital  dan Hospital Wanita Boston.

Pada tahun 2017, beliau telah dipilih NASA untuk menjadi angkasawan. Pada bulan April 2021, beliau telah dipilih untuk berkhidmat di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Menggunakan kepakaran beliau dalam bidang kombat dan perubatan, anak kelahiran Los Angeles, California ini sedang berkhidmat bersama NASA untuk misi Expedition 65. 

Hebat betul pencapaian dia ni kan. Min memang respect lah. Bukan calang-calang orang boleh buat macam dia ni. 

 

Baca: Seorang Lagi Saintis Angkasa Akan Bersemadi Di Bulan Menerusi Misi Luna 2 – NASA Screenshot 2021 10 09 At 4.51.08 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.