in

Kenaikan Harga Barang, Pengarah KPDNHEP Melaka Minta Rakyat Kurangkan Makan Telur

Cats 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum mengetahui, ramai rakyat Malaysia yang terjejas dengan kenaikan harga barangan. Peningkatan harga barangan ini juga sekaligus akan meningkatkan kos sara hidup rakyat yang semakin hari semakin terbeban.

Kurangkan makan telur


Dalam satu kenyataan, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka, Norena Jaafar ada mengulas mengenai isu kenaikan harga barang dan inflasi yang melanda Malaysia.

Jelas Pengarah KPDNHEP Melaka ini, rakyat perlu bijak berbelanja dengan mengurangkan pengambilan telur dalam santapan harian memandangkan harga barangan sudah naik.

Kalau boleh kita sebagai pengguna dah tahu kenaikan harga telur tinggi, kita kurangkan sikit makan telur.

Kalau dalam satu minggu tu kita makan lebih kurang 20 biji, kita kurangkan jadi 10 ataupun 15 biji,” ulas Norena mengenai harga barangan yang semakin meningkat.

Rakyat perlu memahami

Sambung Norena, beliau meminta rakyat agar memahami situasi kenaikan harga barang yang melanda disebabkan inflasi di pelbagai peringkat di seluruh negara.

Untuk rekod, harga siling baru telur ayam gred A adalah 45 sen sebiji, gred B adalah 43 sen sebiji, manakala gred C adalah 41 sen sebiji.

Kredit: Melaka TV

BACA: [VIDEO] Lelaki Persoalkan Harga Tapi Ramai Sokong Peniaga Caj Kuah

Capture

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.