in

[VIDEO] Lelaki Persoalkan Harga Tapi Ramai Sokong Peniaga Caj Kuah

Peniaga Caj Kuah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi mereka yang menjalankan perniagaan, pasti terdapat pelbagai dugaan dan cabaran yang terpaksa ditempuh lebih-lebih lagi apabila mendapat aduan daripada pembeli yang tidak berpuas hati. Sama jugalah seperti nasib individu ini yang dipersoalkan oleh salah seorang pelanggannya tentang caj harga kuah.


Lelaki complain peniaga caj kuah

Menerusi perkongsian faraysoff di laman TikTok, ia bermula ketika gerainya didatangi oleh seorang lelaki untuk membungkus makanan.

@faraysoff

orang berniaga sila jawab ? . mai kedai komplen kuah dicaj harga ? . #fypシ゚viral #fyp

♬ original sound – ????.????? ? – ????.????? ?

Bagaimanapun, keadaan menjadi agak tegang selepas individu berkenaan mula mempersoalkan tentang kuah yang turut dicaj oleh peniaga. Biarpun sudah memberikan penjelasan, pelanggan tersebut tetap tidak berpuas hati.

Kuah banyak RM1 mahal juga ke?

5 16

Pada masa sama, tindakan wanita berkenaan juga mendapat kecaman daripada warganet yang mempersoalkan bayaran tersebut. Bagaimanapun, si peniaga telah mendedahkan kuantiti kuah yang dibungkus oleh pembeli dicaj hanya RM1 sahaja. Malah, dia turut mengaitkan bahan-bahan masakan yang kini semakin mahal menyebabkan ia perlu dikenakan harga.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menyokong kenyataan yang dikeluarkan peniaga itu. Malah, mereka juga bersetuju dengan harga yang dikenakan selain mengakui ia adalah sangat murah jika dibandingkan dengan beberapa premis.

4 14

Korang rasa patut ke peniaga caj kuah? Ke korang tak kisah untuk bayar janji rasanya sedap dan berbaloi!

Baca: “ADUN Pelik Caj Toilet Di Terminal Bas Mahal, Bila Disiasat Rupa-rupanya Ini Yang Berlaku”

6 11

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.