in

“Kena sokong Juventus lah ni” – S.O.G Teruja Lagu Digunakan IG Rasmi Pasukan Juventus

Ft Juve Sog

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lagu ‘Pelukan Angkasa’ yang dirakamkan dan dipersembahkan oleh kumpulan penyanyi muzik bebas Malaysia, Sekumpulan Orang Gila (S.O.G.) bersama-sama Shila Amzah baru-baru ini telah ‘mendonia’.


Pernah mengungguli Anugerah Juara Lagu Ke-36 (AJL 36) pada tahun 2022, lagu yang dimuatkan dalam album ke-3 S.O.G ini juga sebenarnya  merupakan sebuah runut bunyi bagi sebuah filem, KL Vampires.

Baru-baru ini, S.O.G telah berkongsikan sebuah video di Instagram rasmi mereka yang mana lagu berkenaan telah digunakan oleh salah sebuah kelab terkemuka di Itali iaitu Juventus atau secara pendeknya, Juve.

Lebih menarik, video yang memaparkan gol-gol yang pernah dijaringkan oleh pasukan berkenaan sepanjang aksi liga minggu sebelumnya menggunakan kapsyen berbahasa melayu dan menggunakan terma ‘payung’ yang biasanya bermaksud memberikan sesuatu secara percuma atau ‘belanja’.

“Allahu. Lepas ni kena sokong Juventus ah ni.”

Dalam pada itu, penggunaan lagu tersebut mendapat perhatian vokalis kumpulan S.O.G, Raja Nazrin Shah yang secara berseloroh meninggalkan komen di akaun IG Juve dengan mengatakan dia perlu menyokong pasukan tersebut selepas ini.

Selain itu, video pasukan Juve tersebut turut dikongsikan oleh Instagram S.O.G menerusi reels yang menunjukkan mereka mencari akaun Juve, like video yang dimaksudkan selain meninggalkan komen emoji ‘mindblown’.

Di ruangan kapsyen pula, mereka mengatakan secara berseloroh (mungkin juga betul) yang mereka kini secara rasmi menjadi penyokong pasukan dari Itali berkenaan.

Sumber : Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.